21 Ogos atau 27 Rejab??

Hari ni 21 Ogos..apa istimewanya hari ni?hm..Siti kahwin eh?mungkin ramai yang tahu tentang perkahwinan artis popular tanah air tu..tak kisahlah dengan Siti tu..biarkan si Luncai tenggelam bersama labu2nya..siakap senohong gelama ikan duri,bercakap bohong bolehkah jadi menteri?(dua ayat terakhir tu tiada kena mengena dengan post..saje melalut.eheh).Kepada Siti Nurhaliza Binti Tarudin dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa,tahniah diucapkan..semoga perkahwinan kekal ke anak cucu dan bahagia di dunia dan akhirat.

Hari ni jugak 27 Rejab..apa istimewanya 27 Rejab?mungkin ramai juga yang tahu..hari ini ialah Hari Isra’ Mikraj..hari Rasulullah dinaikkan kelangit untuk menerima ibadah solat..banyak pandapat sebenarnya bila peristiwa bersejarah ni berlaku.Yang penting Isra’ dan Mikraj benar2 berlaku dan kita yang mengaku diri seorang Muslim wajib menunaikan solat 5 waktu sehari semalam..sebenarnya Allah memerintahkan 50 waktu..tetapi semasa di langit ke-7 nabi Musa menasihati Rasululah supaya minta dikurangkan..so dari 50 waktu berkuranglah jadi 10,dan akhirnya tinggal 5 sahaja..sampaikan Rasulullah berasa malu..nabi Musa sebenarnya bimbang kita tidak mampu..

Banyak cerita yang menarik tentang Isra’ Mikraj ni sebenarnya..aku tak nak copy paste kat sini,sebab aku tahu,kalau nampak panjang sket je orang tak minat sangat nak baca..tetapi jika ada kawan2 yang berminat nak tahu tentang Isra’ Mikraj bolehlah klik di sini..tak panjang sangat pun..berita tentang perkahwinan Siti lagi panjang aku rasa..apa salahnya luangkan masa sekejap..peace..

1 comments:

fadly khairie said...

Selain 27 rejab yang bakal tiba, 21 Ogos hari lalu merupakan Hari Al Quds/ Hari Al Aqsa sedunia. Tak ramai yang tahu kan?