The Last Templars

hm..time lepak2 ni tiba2 teringat lak aku suatu ketika..waktu tengah lepak di hostel funky,granada,spain..waktu tu kitorang dah check out..tapi disebabkan pemilik hostel tu selamber,dia kasi kitorang lepak lagi..kat roof cafe hostel dia..ada la 4-5 orang lepak kat situ..aku,ahmad,blue n sorang budak UK ni.man..che din pulak terpaksa masak burger untuk buat bekal kat dapur..kat situ jugak ada sorang minah saleh..cun..dari ukraine tapi tinggal di London..tengah baca buku..

Nak dijadikan cerita..si man ni pun tanya la minah ni.."buku apa awak baca tu?".."The Last Templar".jawab minah tu.."pasal apa?",tanya si man balik".."kamu tahu Da Vinci Code kan?ni ada kaitan ngan novel tu la lebih kurang..pasal the templar..orang yang lindungi Holy Grail..awak pernah tengok da vinci code?",terang minah tu kemudian bertanya pada man.."hm..tak..tapi saya baca buku dia sket2..citer a apa yang awak tahu"..lalu minah ni pun bercerita la..

"the templar ni sebenarnya adalah satu kumpulan atau pertubuhan..yang melidungi Holy Grail..holy grail ni lebih kurang harta karun la..(mengikut yang aku baca,Holy grail ni mangkuk yang ada darah Jesus,Christ's blood)..so pertubuhan ni nak lindungi dari orang lain..templar ni wujud selepas Jesus kena salib lagi dan berantaian hingga sekarang..ada orang kata kebanyakan orang besar2 tu adalah templar..leornardo da vinci pun salah seorang templar pada zaman dia..tapi dalam buku ni cakap,Holy Grail dan Christ's Blood tu bukan harta,dan the templar bukan lindungi benda ni dari orang ramai,tapi daripada pihak gereja..sebelum Jesus disalib ,dia ada zuriat dengan perempuan ni.(aku lupa nama dia)..so ada la orang yang ada darah Jesus yang diwarisi..ini lah Holy Grail sebenarnya..jadi kenapa lak templar nak lindungi dari gereja?..sebab kan orang kristian percaya yang Nabi Isa itu tuhan..so dia takde la zuriat..kalau ada zuriat maknanya dia manusia biasa..dan kalau orang ramai tahu pasal fakta ni gereja akan mengalami kerugian yang besar..tiada orang lagi akan ke gereja..takkan ada lagi orang yang kasi harta kepada gereja..macam tu la lebih kurang..",dengan panjang lebarnya minah ukraine tu bercerita..aku dengar je.."kalo la English aku macam dia",detik hati ku.

"So,what do you think?",soal si man ni..
"hm..entah la..saya bukan orang yang kuat agama sangat..tapi selepas baca semua ni saya tak tahu nak cakap"
"tapi tu novel je kan?",soal seorang minah ni..lupa pula nak cerita.kat situ ada gak seorang minah dari hongkong..dia macam kuat sket kristian dia..tak nak terima kenyataan..lalu minah ukraine jawab.."ye saya tahu..tapi selepas baca buku2 ni,saya berminat ke arah benda2 fakta..saya cari fakta..dari novel saya beralih ke sumber yang lebih ilmiah..dan baru2 ni dalam National geographic diorang jumpa gospel di sinai,Mesir..dan mengikut kajian juga,banyak kitab2,gospel,terutamanya yang menceritakan tentang perkara ni,dihapuskan..demi kepentingan pihak gereja.."

.......senyap seketika......

Aku pun mencelah,tapi cakap kat man je la.."kita percaya je yang Jesus tu manusia biasa,cuma seorang nabi,dan dia tak disalib sebaliknya diangkat ke langit.."
melihatkan minah ukraine tu terkebil-kebil,man pun translate la apa yang aku cakap tadi..aku nak cakap sendiri segan.eheh

Jadi kesimpulannya di sini..orang kristian pun semakin lama semakin tahu yang agama diorang tak betul,banyak penyelewengan..lebih2 lagi selepas peristiwa 11 September orang bukan Islam mula membaca tentang Islam,ingin tahu tentang Islam..dan tak dinafikan ramai antara mereka mula masuk Islam..Alhamdulillah..kerana hanya Islam agama disisi Allah.kebenaran akan terserlah..tapi aku tak faham..dalam masa orang bukan islam mulai sedar,orang Islam pula sedang kecoh nak keluar agama..nak masuk kristian..nak murtad..seperti yang berlaku di Malaysia sekarang..adakah mereka bodoh?mak bapak tak ajar?atau hidayah Allah pada diorang mulai hilang kerana banyak sangat ronggeng tengah malam,kepit betina jalang,tunggang air kencing setan?entah la..aku pun tak faham..peace...

4 comments:

jeb said...

hahaha..
bagus2.sebab nih r aku suruh ko msg aku..
aku nk tanya ko ada blog tak??huhu..ok2..kalu aku bosan,aku lepak r cn..

Anonymous said...

menarik...

Anonymous said...

huhu..
stylola pih..

Mohafiz MH, M.D. said...

sebenarnya menurut islam Nabi Isa tiada zuriat..baginda diangkat ke langit sebelum sempat beristeri