Hijrah dan Azam
Perkiraan tahun Islam hijriah. ♬ ♪
Hari ini tahun baru. Selang beberapa hari lagi tahun baru lagi. Tapi tahun baru yang mana kita yang punya?
♬♫ Perpindahan nabi dan umat Islam
Dari kota mekah ke kota madinah. ♪ ♫
Sebut tentang hijrah dan tahun baru, setidak-tidaknya setiap dari kita mesti pasang azam. Yang tidak bertudung berazam untuk berhijab. Yang berpasangan berazam untuk bernikah, bertunang sekurang-kurangnya. Yang sudah berkahwin berazam untuk jadi yang soleh dan solehah. Bermacam-macam azam.
♫ ♪ Atas keyakinan dan iman yang teguh.. ♩♬♪
Setiap peringkat umur dengan azam masing-masing. Hatta budak kecil yang masih berhingus juga boleh berazam, untuk memujuk ayah membelikan mainan baru, misalnya. Azamlah apa-apa, dari sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya, asalkan yang baik. Hijrah juga bermaksud berubah kepada yang lebih baik.
♪ ♫ Kaum muhajirin dan ansar bersatu..♫ ♪
Dan bersatulah. Sedang kira berleka, Palestin di serang Israil, Kristian dan dengan dakyahnya, dengan orang kita menjadi barua-baruanya.
♬♫ Rela berkorban, harta dan nyawa..
Demi menegakkan Islam tercinta. ♪ ♫
*gambar hiasan semata-mata
Bila Musang Nampak Lubang
Penuntut-penuntut sang musang juga bukan calang-calang. Datang menuntut bukan hanya dari jabun, bahkan gunung, sungai, laut, padang pasir, becah, tanah pamah, dari seantero jagat buana adanya.
Tidak pun lagi tamat pengajian, penuntut berasa rendah diri kurang amali. Merayu merataplah mereka. Ya, ilmu ini perlu digilap, supaya cekuh jadinya, supaya tiadalah diperkotak-katikkan, setelah habis menuntut nanti.
Maka sampailah ke telinga sang musang akan kehendak penuntutnya. Akal bulus menari-nari. Bertitahlah ia bahawa perang-perangan akan dilaksanakan selama sepurnama. Senyampang perang-perangan ini jadi, kuranglah liburan penuntut sang musang, untuk bertemu kulasentana.
Sudahlah begitu, sang musang cuba memeras, meminta 500 ekor ayam selasih sebagai pengeras. Kononnya amali ilmu kebal ini tinggi ongkosnya, banyak kelengkapan perlu disediakan.
Arakian mendahagilah penuntut sang musang. Banyak juga yang bermuram durja. Yang merintih dambakan amali minggir sudah, senyap sepi.
Sekian.
Sejarah dan Kita - Pemimpin Perasan
With a firm belief that his power to rule was granted by Divine Right, Nicholas assumed that the Russian people were devoted to him with unquestioning loyalty. This ironclad belief rendered Nicholas unwilling to allow the progressive reforms that might have alleviated the suffering of the Russian people. (Sumbernya di sini).Pemimpin yang perasan pernah wujud. Tidak mustahil masih wujud.
Perihal Ikhlas
Kes contoh :
Kau jaga anak saudara yang kematian ayahnya, atau anak sahabat kau. Dari kecil hingga besar. Dari sekolah hingga ke universiti hingga kerja. Kau ikhlas pada mulanya. Sudah berjaya, anak itu tidak pulang ke rumah, untuk seberapa ketika, 6 bulan mungkin. Kau merungut. Kata kau anak itu kau yang jaga dahulu. Kata kau anak itu tak mengenang budi. Seolah-olah kau mengharapkan budi dibalas.Betullah ikhlas itu memang susah. Amalan iklas kita yang sekian lama rosak akhirnya.
*Dalam kes ini anak itu hanya pembolehubah. Ia boleh jadi benda lain.
Warkah Buat Kau, Aku, Kita Semua
Mungkin lama aku tidak pegang pena. Mungkin tulisan aku tidak seberapa. Mungkin tiada orang yang ingin hendak baca. Mungkin tidak seilmiah mana. Mungkin orang itu lupa. Tapi itu tidak apa. Aku menulis bukan kerana nama.
Tegur tetap tegur juga. Dakwah tetap dakwah juga. Tapi jangan nilai hanya rupa. Diri sendiri pun mungkin ada yang tak kena.Kadang tanggungjawab kita lupa juga. Mungkin dia lebih baik dari kita.
Jangan pandang jelek pandang hina. Pada mereka yang kau rasa tidak seberapa. Kita semua sama sahaja, selagi kita hidup di dunia. Kalau lebih pun ilmu sedikit sahaja. Itupun bukan semua kita ada. Yang kita tiada mungkin dia ada. Lebih baik berbaik sangka. Dari asyik mendabik dada.
Mungkin aku tulis sambil sendawa. Tapi jangan ingat tiada makna. Aku tidak tulis saja-saja.
Itu saja aku nak kata. Bukan nak sakitkan hati siapa-siapa. Sekadar muhasabah diri sahaja. Untuk kau dan aku juga.
Doakan Agar Kembali..
Tak lama dulu,di sini,di volgograd,ada jalan yang dibaiki,jalan raya,yang diguna pakai banyak orang.
Ada orang merungut,katanya,di negara yang normal,kalau ini kesnya,kerja akan dilakukan,walaupun di tengah-tengah malam,bukannya sedikit-sedikit,pada waktu yang terhad,setiap hari.
Russia bukan negara yang normal?
Mungkin betul.Mungkin sebab itulah internet,di rumah kami (aku dan isteri).Masih tidak dapat dipasang.
Ini agak membantutkan.
Ya,bukan sebab kahwin aku jarang layari internet.Tapi kerana Russia ini bukan negara yang normal.
Doakan agar aku kembali
Hikayat Seorang Aku 1
Ada orang panggil aku Judin atau Din
Ada orang panggil aku Matpih
Ada orang panggil aku Hafiz
Nama aku Mohd Hafizuddin Bin Husin Bin Idris
Ada juga yang panggil aku orang besi, tapi itu dulu.
Sekarang orang kata darah aku tengah manis. Sebab itu lah. Nyamuk-nyamuk semakin banyak. Hinggap. Ingin menghisap. Darahku. Yang orang kata. Tengah manis ini.
Perihal Iklan dan Hijab
Ya, iklan-iklan, yang memaparkan wanita di dalamnya, semua berhijab.(kecuali tuanku permaisuri yang mungkin belum mendapat seru)
Alangkah indahnya...
Tak Faham-faham
Hari ini. 3 tahun berlalu. Aku balik ke Malaysia, lagi sekali. Orang tanya lagi. Awak belajar di mana. Aku kata di Russia,lagi. Tanya lagi. Di Ukraine kah. Aku kata Russialah, sekali lagi.
Susah rasanya nak faham, bahawa Russia dan Ukraine, sekarang ini, adalah dua entiti yang berlainan.
Yang Mana Satu?
S kata dia mangsa liwat.A yang bertanggungjawab.
A kata dia tidak liwat.N yang kena jawab.
Aib sama dibuka.
Tuduh sama menuduh, surat khabar laku jua.
M kata jangan berbalah.Buat saja mubahalah.(?)
Suruh saja bersumpah.Minta laknat siapa yang salah.
Memang Islam ada segala penyelesaian.Segalanya boleh diselesaikan.
Tapi kau boleh tengok sendiri.Sejauh mana Islam itu dihayati.Di negara kau sendiri.
Sungguh panas.Musim panas di Russia.
psssttt..lusa aku balik ke Malaysia, adakah mungkin panasnya serupa?
Mohor Besar Raja-Raja
Salam..kepada jenanian(havoc993)
Kalau kalian ada mendengar khabar angin ada orang nak bernikah dalam masa terdekat ini,sukanya dimaklumkan bahawa berita yang dibawa angin yang bertiup itu tidak dapat diragui kebenarannya..InsyaAllah, jika diizinkan Allah Ogos 2008 ini ayahanda aku akan dapat menantu.
Majlis dan keraian insyaAllah mungkin akan diadakan selepas aku tamat pengajian 2010 nanti.
Maaf sekiranya aku ada membuat silap,sama ada sengaja atau tidak.Aku akui,aku hanya insan yang lemah.Kita merancang,Allah juga merancang..dan tentunya rancanganNYA lagi besar.Semoga semuanya diberkati dan diredhai Allah...Biznillah
p/s: Bulan 8 ni ada gak majlis kesyukuran sket kat rumah aku..yang dekat2 kalau boleh datang,datanglah,dialu2kan..cuma harap cakap awal2 k..nak budget ketumbukan =)..Majlis kecik2 je.Maklumlah student.ehe..Email aku mr_dreizehn@yahoo.com atau contact 019-9518527 atau mention kat ruangan komen di bawah..Peta Rumah AkuPeta Rumah Aku
Assalamualaikum warahmatullah..
Jika ada rezeki, umur yang panjang insyaAllah Ogos ini akan diadakan kenduri di rumah aku di Kota Bharu. Kenduri kesyukuran ayah aku nak dapat menantu.
*untuk imej yg lebih besar, klik sini
*di mana Kota Jelasin ni? klik sini
*boleh juga klik imej untuk besarkan ia
Senang sahaja nak ke rumah aku :
Untuk kenderaan ber'cc' besar, sila ikut warna biru
Bagi kenderaan ber'cc' kecil atau tak ada cc, boleh ikut yang mana-mana satu
Alamat rumah aku lot 2264, Kg Kota Jelasin, 15100 Kota Bharu
Tapi kalau tanya, posmen pun tak tahu
Depa bukan pernah sampai ke rumah aku
Baik tanya mana rumah Pakcik Usin Pertahanan Awam Drebar Bas, kot-kot ada orang tahu
Lagi baik kalau nanti kalian helo aku 09-7486586 @ 017-9240609
Tepu
Bersatu
Jerit Udin Pesek. Ah Meng Sepet dan Mat Sigai hantuk-hantuk kepala. Ku Mat Jogho berlari-lari anak sambil mengibar-ngibarkan baju 'bundle'nya. Riuh-rendah kedai kopi tepi roundabout itu.
Udin Pesek jawa totok, tak main politik.
Ah Meng Sepet cina mualaf, orang kuat MCA.
Mat Sigai melayu Melaka, fanatik UMNO.
Ku Mat Jogho, pengundi setia barisan rakyat.
Kesemua mereka penyokong kuat pasukan Republik Czech. Kesemua mereka bersatu hati, tanpa prejudis, membuang sorak tatkala Jan Koller menanduk tepat ke gawang Portugal.
Alangkah indahnya jika ini boleh dipraktikkan atas nama Islam, untuk sama-sama kita bina masjid. Klik di sini...
*Di sana juga ada artikel-artikel menarik yang tak rugi kalau kau baca.
Basikal
Akan Datang
PERMANDANGAN INDAH
MENGGELAPKAN HATI
MENGGEGARKAN IMAN
Tungggguuuuuuu.....!!!
..dan bersedia untuk tundukkan kepala anda..
Warna Idaman?
Ada lagi yang singgah di blog lama aku rupanya..
Ini Bukan Puisi
Aku tidak boleh ditegur
Hanya aku sahaja yang betul
Orang lain semua futur
Kerana aku dai'e..
Aku tahu segalanya
Aku tidak pernah leka
Mereka semua keji
Hanya aku yang suci
Nauzubillah...
Pencemaran Bunyi
"bla bla bla bla bla bla", pensyarah di depan bersyarah.
"pot pet pot pet pot pet", pelajar di belakang bercakap.
"Ssshhhh..shhhhhhh!", ada orang tak senang
"Saya ganggu kamu semua bercakap ke?", tanya pensyarah
Hari esok Hari Buruh...hari lain pun sama sahaja
Teladani Penyesalan Malik
Dalam ceramah beliau bertajuk ‘Ballot or Bullet’ Malik berkata,
Islam is my religion, but I believe that my religion is my personal business, governs my personal life, my personal morals and my religious philosophy is personal between and the God in whom I believe.......... So today though Islam is my religious philosophy, my political, economic and social philosophy is Black nationalism.Antara lain Malik menyebut, agama perlu ditinggalkan di rumah, di dalam almari, kerana agama akan menyebabkan pertengkaran, tetapi Black Nationalism sebaliknya.Black Nationalism akan menyatukan orang kulit hitam. Beliau menyarankan politik, ekonomi dan pendidikan orang kulit hitam. Orang kulit hitam perlu bersatu atas nama kulit, atas nama kebangsaan Negro. Hanya nasionalisme yang boleh memerdekakan mereka. Dengar Ballot or Bullet di sini
Setelah ke Tanah Suci, barulah Malik sedar bahawa Islam boleh mengatasi perkauman. Ya, tiada Nasionalisme, Tribalisme, mahupun Rasisme dalam ajaran Islam. Tiada juga istilah politik, ekonomi, sosial atau pendidikan orang kulit hitam, merah, kuning mahupun coklat. Ajaran Islam merangkumi semua, dari sebesar-besar hingga sekecil-kecil perkara.
Dalam salah satu temuramah Malik menyatakan perasaan kesalnya,
I did many things as a [Black] Muslim that I'm sorry for now. I was a zombie then — like all [Black] Muslims — I was hypnotized, pointed in a certain direction and told to march. Well, I guess a man's entitled to make a fool of himself if he's ready to pay the cost. It cost me 12 years. That was a bad scene, brother. The sickness and madness of those days — I'm glad to be free of them.Malik menyesal..kesal dengan perjuangannya..
Kurang setahun kemudian El-Hajj Malik El-Shabazz atau lebih dikenali dengan Malcolm X mati dibunuh. Beliau meninggalkan dunia sebagai seorang muslim sunni.
Baca lebih lanjut tentang Malcolm:
Bahasa Melayu disini
Bahasa Inggeris di sini
Ajaran Nation of Islam adalah terpesong dari ajaran Islam dan tidak keterlaluan jika dikatakan sesat. Baca lebih lanjut di sini
Maafkan Aku Putri
"Meoowwww....", kata Putri sambil menyondol-nyondolkan kepala dan menggoyang-goyangkan ekornya..
Peraturan SSS
"Korang kat sini kena amalkan 3S..asal jumpa je orang malaysia,tak kira Melayu, China, India, muda atau tua, junior atau senior, korang kena buat 3S ni..SAPA, SALAM, SENYUM..."
Itu dulu..Semasa rakyat Malaysia di sini beberapa kerat sahaja..Sekarang, bila sudah ramai orang kita disini, bila sudah ada puak-puak,undang-undang lain pula yang dipakai..sapa,salam,senyum, kemudian MENGATA BELAKANG...
Aiskrim Goreng
Berdekatan, seorang Ruski..
Bersubang hidung, berkepala botak, ber'boot' tebal, ber'jeans' ketat.
Cakapnya kuat, bersemburan air liurnya..
Tiba-tiba..
Berbunyi hensetnya...
"Aankhein khuli ho ya ho band, Deedar unka hota hai. Kaise kahoon main o yaara, Ye pyar kaise hota hai."
Lagu hindustan...Hm..mungkin betul kata Najib..jangan terlalu cepat menghukum..
Russia dan Perkauman..
Hari ini..aku main bola..di padang..datang seorang makcik tua..membebel..katanya tak boleh main di situ..
Mungkin kami ini hitam-hitam belaka..
Aku tersenyum sendiri..otak ingat semalam..hati terus kata bulls**t!!
22,000 anak Kelantan 'kelik ngundi' tunai tanggungjawab
Pengerusi Muafakat, Profesor Hashim Hassan memberitahu, pengundi-pengundi terbabit merupakan anak-anak Kelantan yang bekerja di Lembah Klang, Johor, Kedah, Pulau Pinang dan Melaka tetapi merupakan pengundi berdaftar di Kelantan.
Sumbernya di sini
"Boh, demo lamo doh kow dop kelik kelate?"
"Uish..sudeh lama juggeeek..sudeh lama kepingin mau baaalik..kawan-kawanku
billlang cewek-cewek di kelantan mannis-maaanis dong.."
Senyap
Quite is the best remedy..
Mungkin ada benarnya pepatah ini..
Sepatu Putihku
Kujaga rapi, kuberus, kukapur…kuyakin bersih
Bila kupijak salji itu,kusedar sesuatu
Aku terpana,terpegu..
Aku rupanya lupa,ada yang lebih putih,lebih bersih daripada sepatu putihku..
Statistik
2) Semakin banyak artis, semakin berleluasa arak
.....kata cikgu aku.
Kesimpulan aku : Adalah amat tidak wajar untuk artis menguasai bahasa asing.
*habis sudah ozz, children infection pula menanti
Mungkin..
Apa signifikannya?
Mungkin Russia mahu menggalakkan rakyatnya rajin berusaha.
Mungkin juga Russia memang suka menyusahkan orang.
Talam
sj dulang yg tidak berkaki (tempat menyajikan makanan, minuman, dll): dia keluar membawa sebuah ~ yg berisi secawan kopi; kuih ~ = tepung ~ sj kuih yg lapisan bawahnya dibuat drpd campuran tepung beras atau tepung gandum dan gula melaka, manakala lapisan atasnya (kepalanya) drpd santan kelapa; spt ~ dua muka prb perihal orang yg berbuat baik kpd dua orang yg berseteru (utk keuntungan diri sendiri); spt air dlm ~ prb dlm keadaan sentosa.
(Kamus Dewan Edisi Tiga)
Talam disket(diskette tray)
Bekas berbentuk talam untuk menyimpan atau memegang cakera komputer.
(Kamus Komputer)
Talam dua muka.
Bermuka dua; mendua hati; munafik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti sekelat muka dua, b. Seperti yu kia-kia: kepala yu ekor pari).
(Kamus Istimewa Peribahasa Melayu)
Seperti air dalam talam. - Negeri yang aman sentosa.
(Kamus Istimewa Peribahasa Melayu)
Seperti saga di atas talam. - Selalu berubah.
(Kamus Istimewa Peribahasa Melayu)
rujukan = dewan bahasa dan pustaka