SatuBerapa hari lepas, aku ada buat promosi di blog ini (tengok
entri lu join lu rock) dan di
facebook. Peraduan teka silang kata, dengan harapan ramailah orang kita yang masuk. Siapa-siapa menang nak kasi tulisan khat. Bukan aku yang buat, tapi seorang kawan aku yang kacaklah juga yang buat. Aku tukang bubuh warna sahaja.
Peraduan tu terbuka kepada seluruh penduduk planet bumi. Bayaran RM 10 sahaja. Duit tu kita nak masuk tabung
Masjid Kirovsky. Buat bekal kita bila dah dah kena balut kain serba putih nanti. Aku syak ramai orang akan masuk. Jadi aku buat peraturan, kalau ada ramai yang hantar jawapan betul, kita akan pilih berdasarkan cabutan.
2-3 hari lepas tu, aku dapat tahu, yang ada sedikit masalah dengan peraturan tu - mengandungi unsur-unsur perjudian. Terima kasih kepada kawan-kawan aku yang tolong beritahu. Apa lagi, padamlah peraduan tu. Gila apa, duit hasil judi haram tu beb! Matlamat tak menghalalkan cara. Kalau dah haram, haram juga.
Cara nak mengelak, kau letak slogan. Kau pilih pemenang berdasarkan slogan yang kau rasakan menarik, macam peraduan teka silang kata Bulan Amali Muslim tiap-tiap minggu di Volgograd ni. Ada seorang lagi kawan aku yang sama kacak mempersoalkan, pasal yuran penyertaan - berkenaan kalau nak masuk kena bayar. Yang ni kau kena tanya ustaz-ustaz yang mahir bab-bab ekonomi Islam.
DuaLama sebelum sebelum 2-3 hari lepas, Aku tengok cerita
the apperentice. Ala cerita yang orang lawan-lawan buat bisnes tu. Bos dia suka muncung-muncung, ada
street smart lah
book smart lah. Yang aku tengok tu versi selebriti, duit untung dia orang buat amal jariah (baca :
charity).
Episod tu depa buat cupcake, kemudian jual. Ada juga orang beli walaupun rasanya bukanlah sedap mana. Harga biasalah, mestilah mahal sikit. Kebajikan.
Jual tepi jalan. Banyak orang beli. Ada yang beli dengan harga sampai ribu-ribu dolar sebiji. Punyalah pemurah, kerja amal punya pasal.
TigaAku ingat nak jual tulisan khat yang kawan aku yang agak kacak tu buat. Boleh letak di blog-blog, f
riendster, myspace, facebook dan lain-lain. Duit tu masuk
tabung Kirovsky semua sekali. RM 10 ke 20 ke 30. Agak-agak ada orang beli tak?