Sebuah Lagu Bermusim

Sebuah puisi untuk aku..

Sekali bom meletup
Sekali kau kecoh
Derma sini boikot sana

Sekali meriam dibedil
Sekali kau kalut
Kempen sini demonstrasi sana

Hati kau gundah gulana
Buat apa serba tak kena
Ketika itu sahaja
Kemudian kau lupa

Lupa, lupa, buat-buat tak ingat

Mereka ditekan
Ditindas setiap masa

Bom tidak dibedil
Bukan bermakna ada sejahtera
Meriam tidak meletup
Bukan bermaksud tiada sensara

Darah mereka darah kita jua
Janganlah peduli bermusim sahaja

3 comments:

Azer Mantessa said...

sinis dan hebat

:-)

QifA said...

betul matpi.

ramai orang boikot bermusim. peduli bermusim. aku harap aku tak akan jadik camni.

balik mesia lagi cabaran.sini at least mcd takda daging halal.

Mohafiz MH, M.D. said...

azer,
thanx

afiq,
aku pun harap tak bermusim