Gua Budak Tadika

TADIKA TENGKU ANIS
YAYASAN ISLAM KELANTAN

Laporan Kemajuan Kanak-Kanak


Photo & Video Sharing by SmugMug

Nama Kanak-Kanak : Mohd Hafizuddin Bin Husin @ Mohd Hussin
Kelas : 5 Ali
Nama Guru Kelas : Salma Binti Zakaria

A. PERKEMBANGAN SOSIAL
Perkembangan sosial agak baik tetapi sensitif dengan gelagat kawan dan guru. Suka menangis.
Kesedaran mengenai sesuatu yang dilakukan sudah ada.
Rajin mengurus aktiviti harian.

B. PERKEMBANGAN EMOSI
Perkembangan emosi sensitif. Kebolehan berdikari dan membuat keputusan baik dan meyakinkan.
Ketekunan dan sifat ingin tahu terhadap satu-satu benda sangat baik membuat kanak-kanak ini makin aktif dan matang dalam segala aktiviti.

C. PERKEMBANGAN FIZIKAL
Perkembangan fizikal dan mental seimbang.
Kepantasan bagus - cergas dan aktif.

D. PERKEMBANGAN MORAL
Perkembangan moral yang dimiliki kanak-kanak ini sangat baik. Sudah menyedari sesuatu yang dilakukan dengan baik contohnya kesalahan yang dilakukan disertai dengan meminta maaf.

E. PERKEMBANGAN INTELEKTUAL
Perkembangan intelektual kanak-kanak ini menampakkan satu peningkatan yang cemerlang dalam semua mata pelajaran. Ini disebabkan kanak-kanak ini rajin dan tekun dalam menyelesaikan aktiviti yang diberi. Tumpuan yang diberi agak baik serta mempunyai daya kreativiti yang bagus.
Senang mengikut arahan dan nasihat yang diberikan.

F. MEMBACA/BACAAN
Memuaskan

G. MENULIS/TULISAN
Baik dalam semua aktiviti yang diberi.
-Tahniah kejayaan menunggu anda.

H. NOMBOR
Memuaskan dan membanggakan dengan kecemerlangan yang dimiliki kanak-kanak ini di peringkat tadika.

PERTUMBUHAN FIZIKAL KANAK-KANAK
a) Berat Badan 20.5 kg.
b) Tinggi 122.5 sm.

Catitan Ibubapa:
Saya telah baca segala laporan anak saya ini dan saya ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada cikgu yang telah mendidik anak saya ini dengan jayanya.
- HJ. MOHD HUSSIN B. IDRIS P.T., P.B.

Heh!

Importing / Exporting Pets : Prosedur Membawa Kucing Dari Russia Ke Malaysia

Photo & Video Sharing by SmugMug

Di sini saya ingin kongsikan langkah-langkah  untuk membawa pulang kucing dari Russia amnya atau dari Volgograd khususnya, berdasarkan pengalaman isteri saya.

1. Beli kucing

Biasanya kucing yang dijual oleh makcik rinak merupakan baka kacukan. Jika kalian inginkan baka asli, tunggu bila ada pameran kucing dan beli di sana. Kucing baka asli ini biasanya lebih mahal. Pastikan kucing kalian sudah berumur sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum di bawa balik.

2. Passport dan Vaksin

Beli passport kucing di mana-mana Pet Store.

Seawal 6 bulan sebelum balik, bawa kucing kalian bersama passportnya ke ветлечебница untuk diberi vaccination dan antihelminth. Boleh pergi ke klinik mana yang kalian suka, tapi saya cadangkan ветлечебница di Елецкий перулок д.531а. Mereka biasa berurusan dengan pelajar asing dan hanya di sini sahaja (setahu saya) kalian boleh buat sijil export yang diperlukan nanti. Petanya di sini. Boleh pergi dengan mashrutka no.6 dari Centre atau avtobus no.6 dari Ploshad Sovetskaya. Lagi senang naik teksi.

Beritahu doktor yang bertugas yang kalian nak bawa balik kucing. Kos vaccine dan antihelmithic drugs lebih kurang 1000rubles. Di sini juga kalian boleh pasang implan kat kucing kalian (чипирование).

3. Import Permit

Dapatkan import permit dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. Permit ini hanya sah selama sebulan. Kalian perlu meminta tolong rakan atau keluarga di Malaysia untuk menguruskan perkara ni. Scan passport kucing kalian dan hantar kepada rakan anda tersebut untuk permohonan import permit. Permit ini siap dalam masa sehari sahaja dengan bayaran RM10. Itu hari kami dapatkan import permit dari Pejabat Haiwan di Petaling Jaya, Selangor. Mungkin juga boleh dapat dari Pejabat Haiwan negeri masing-masing.

Minta kawan kalian untuk scan permit tersebut dan hantar kepada kalian. Ingatkan dia juga supaya simpan permit yang asal kerana kalian memerlukannya nanti.

4. Pet's Health Certificate atau Sijil Export

Dokumen ini kalian perlu dapatkan di ветлечебница Елецкий перулок д.531а. Dokumen ini hanya sah selama 5 hari. Jadi dapatkannya paling cepat 5 hari sebelum tarikh penerbangan anda dengan bayaran lebih kurang 120 Rubles. Dokumen yang kalian dapat dari klinik ini perlu dibawa ke Jabatan Haiwan di ул. 13-я Гвардейская, 13 (berhampiran Ploshad Lenin) untuk disahkan. Petanya di sini.

5. Urusan Penerbangan

Hubungi syarikat penerbangan yang kalian ingin naiki dan tanyakan kos dan spesifikasi bekas kucing yang diperlukan, sama ada perlu check-in atau boleh dibawa bersama ke kabin.  Jika connecting flight, hubungi kedua-kedua syarikat kerana kos dan syarat-syaratnya mungkin berlainan. Setahu saya : MAS 25 Euro per-kg, KLM 70 Euro seekor untuk kucing tidak melebihi berat 5 kg dari Moscow ke Amsterdam, S7 ke Moscow 3 Euro per-kg. Harga mungkin berubah-ubah.

Jika menaiki flight, kalian perlu berjumpa dengan doktor veterinar di airport Volgograd sebelum departure bagi mendapatkan kebenaran membawa kucing. Tanyakan sahaja kakak atau makcik di kaunter pertanyaan di airport tu kat mana nak jumpa doktor veterinar.

Sesampainya di airport Moscow, kalian perlu ke unit perkhidmatan haiwan di sana untuk translate dokumen yang telah diperolehi di Volgograd itu untuk penerbangan international.

6. Kuarantin

Setibanya di KLIA, kucing kalian perlu dikuarantin sekurang-kurangnya selama 7 hari. 2-3 hari sebelum ketibaan, hubungi Unit Kuarantin KLIA untuk memaklumkan ketibaan kucing dan tempahan kuarantin (03-87872379). Kos kuarantin selama 7 hari berjumlah lebih kurang RM120. Jika kalian bawa makanan dan pasir sendiri, kosnya mungkin kurang sedikit. Selepas 7 hari bolehlah ambil kucing kalian dengan menunjukkan import permit yang asal.

Itulah sedikit sebanyak berkenaan urusan membawa pulang haiwan peliharaan dari Russia. Jangan risau, kucing dari Russia tiada masalah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca Malaysia. Jika boleh bawalah sepasang supaya haiwan kesayangan kalian itu tidak kesunyian.heh!

Tips Menjaga Honda Accord SM4

Photo & Video Sharing by SmugMug

1. Setiap pagi sebelum berjalan periksa air bateri, air radiator, minyak brek, minyak hitam, tali kipas dll. Biarkan suis dalam keadaan 'on' seberapa ketika dahulu sebelum hidupkan enjin. Sebelum matikan enjin, matikan dulu air-cond, radio.

2. Honda Accord sudah rendah secara semulajadi. Jadi jangan muat barang berat-berat dalam bonet. Terutamanya jika berjalan jauh.

3. Kalau boleh isi minyak yang sama sahaja. Jika Petronas, Petronaslah. Jangan tunggu tangki kering baru nak isi. Honda tidak makan minyak banyak sangat berbanding enjinnya yang besar.

4. Hantar servis regularly. Kalau bengkel itu biasa kau pergi, ada kad servis yang menyatakan bila, dan apa kena servis lagi. Lepas servis dia akan tampal peringatan kat windshield kau.

5. Hantar servis ke tempat yang biasa dengan Honda sahaja. Kalau tidak, dia buka, godam tempat tak berkaitan, selain berkemungkinan tiap alatan yang sesuai.

6. Kalau ada yang tak kena, nak kena tukar, tukar terus. Takut nanti dia berjangkit ke tempat lain pula. Dan kos repair akan makin tinggi.

7. Setiap lebih kurang 5 000km atau 3-4 kali berjalan jauh kena tukar minyak hitam. Setiap 60 000km kena tukar timing belt.

8. Guna barang Honda yang original sahaja. Barang Honda agak mahal. Sebelah side mirror second hand ori dah RM180. Sebatang upper arm depan- RM145, belakang - RM195. Sebiji mentol - RM20.

Feeling memandunya - Priceless.heh!

Tips Perkahwinan : Pelamin, Baju Pengantin, Andaman dll

Memang sudah menjadi kehendak raja sehari untuk kelihatan paling anggun pada hari walimah mereka. Di sini aku ingin kongsi beberapa tips yang berkaitan.

1. Pilih pakej andaman yang berpatutan.
- zaman sekarang ni butik andaman dan pengantin ada di mana-mana sahaja. Jika kalian punya modal yang sederhana seperti aku ini, carilah butik andaman yang menawarkan harga yang berpatutan. Kadang-kadang walau harga mahal berganda-ganda, servis yang disediakan biasa-biasa sahaja, walaupun kononnya si mak andam itu popular. Di Kluang, Johor harga pakej paling ringkas (pelamin, hiasan meja makan beradap, 1 persalinan, 1 kali mekap) sekitar RM800-1000.

2. Pasang pelamin awal dan cari yang berdekatan
- Walau berapa pun harga pelamin itu, besar kemungkinan masih akan ada cacat kurang, berlainan dengan apa yang dipamerkan di album butik pengantin yang kalian pilih. Jadi, mintalah pelamin dipasang selewat-lewatnya 2 hari sebelum majlis supaya boleh kalian komplen apa yang tak kena. Pilihlah juga butik yang paling dekat, supaya tiada alasan bagi depa tidak datang balik keesokannya untuk menyiapkan pelamin.

3. Pilih baju dahulu sebelum tema warna.
- Agak susah untuk mencari baju pengantin yang cantik dan pada masa yang sama sopan menutup aurat. Apabila kalian dah tetapkan tema warna awal-awal, pilihan baju akan menjadi semakin terhad. Lagi mudah pilih dulu baju yang kalian berkenaan, kemudian barulah setkan tema warna yang bersesuaian dengan baju tersebut.

4. Pilih mak andam wanita dan yang tak banyak songeh
- Harus diingatkan bukan semua mak andam itu wanita. Ada juga, kebanyakannya mak andam lelaki (pak andam, mungkin). Seeloknya pilihlah yang wanita supaya memudahkan proses mekap dan sentuh menyentuh. Ada juga mak andam yang suka berkeras untuk cukur kening, tak bagi tudung labuh dan sebagainya. Jadi pilihlah yang tak banyak songeh. Biasanya mak andam yang tak berapa tua senang dibawa berbincang. Kalian boleh komplen berkenan atau tidak dengan solekan, cara menggayakan tudung dan sebagainya.

5. Ringkaskan solekan
- Wajah yang asli tanpa mekap itu sebenar-sebenarnya yang paling cantik. Jika boleh jangan mekap terlalu tebal sehingga kadang kala mengubah wajah kalian, nampak lain terus dari yang asal. Bimbang nanti anak-anak tidak cam siapa yang bersanding dengan bapa mereka itu.heh!

Sekian dulu buat masa ini. Akhir kata, cubalah ringkaskan majlis tersebut. Harus diingatkan hanya jamuan itu yang disunatkan, bukan persandingan, berhias dan sebagainya. Jika boleh, tiada pelamin, baju keraian, mekap dll itu lagi bagus. Akhir kata, semoga majlis kalian diberkati. Keberkatan itulah yang kita cari.