1. Setiap pagi sebelum berjalan periksa air bateri, air radiator, minyak brek, minyak hitam, tali kipas dll. Biarkan suis dalam keadaan 'on' seberapa ketika dahulu sebelum hidupkan enjin. Sebelum matikan enjin, matikan dulu air-cond, radio.
2. Honda Accord sudah rendah secara semulajadi. Jadi jangan muat barang berat-berat dalam bonet. Terutamanya jika berjalan jauh.
3. Kalau boleh isi minyak yang sama sahaja. Jika Petronas, Petronaslah. Jangan tunggu tangki kering baru nak isi. Honda tidak makan minyak banyak sangat berbanding enjinnya yang besar.
4. Hantar servis regularly. Kalau bengkel itu biasa kau pergi, ada kad servis yang menyatakan bila, dan apa kena servis lagi. Lepas servis dia akan tampal peringatan kat windshield kau.
5. Hantar servis ke tempat yang biasa dengan Honda sahaja. Kalau tidak, dia buka, godam tempat tak berkaitan, selain berkemungkinan tiap alatan yang sesuai.
6. Kalau ada yang tak kena, nak kena tukar, tukar terus. Takut nanti dia berjangkit ke tempat lain pula. Dan kos repair akan makin tinggi.
7. Setiap lebih kurang 5 000km atau 3-4 kali berjalan jauh kena tukar minyak hitam. Setiap 60 000km kena tukar timing belt.
8. Guna barang Honda yang original sahaja. Barang Honda agak mahal. Sebelah side mirror second hand ori dah RM180. Sebatang upper arm depan- RM145, belakang - RM195. Sebiji mentol - RM20.
Feeling memandunya - Priceless.heh!
Related Posts : Tips dan Tutorial
4 comments:
Tumpang tanya..kenapa eh bila minyak kurang drpd tengah dan ke bawah, kereta jadi semput semput macam nak mati..ke memang sm4 minyak kena sentiasa lebih drpd tengah? Terima kasih..
-ikram-
Cube anda check coil plug.saya pun pernah Jadi kes tu.lpas tu kar coil plug Alhamdulillah semua ok
Sy pon kena..enjin x bole hidup.isi myk dlm 20 rm..br bole hidup.ikut kn myk ada lg
Mana boleh dapat gearbox sm4 harga murah guy's
Post a Comment