Di sini saya ingin kongsikan langkah-langkah untuk membawa pulang kucing dari Russia amnya atau dari Volgograd khususnya, berdasarkan pengalaman isteri saya.
1. Beli kucing
Biasanya kucing yang dijual oleh makcik rinak merupakan baka kacukan. Jika kalian inginkan baka asli, tunggu bila ada pameran kucing dan beli di sana. Kucing baka asli ini biasanya lebih mahal. Pastikan kucing kalian sudah berumur sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum di bawa balik.
2. Passport dan Vaksin
Beli passport kucing di mana-mana Pet Store.
Seawal 6 bulan sebelum balik, bawa kucing kalian bersama passportnya ke ветлечебница untuk diberi
vaccination dan antihelminth. Boleh pergi ke klinik mana yang kalian suka, tapi saya cadangkan
ветлечебница di Елецкий перулок д.531а. Mereka biasa berurusan dengan pelajar asing dan hanya di sini sahaja (setahu saya) kalian boleh buat sijil export yang diperlukan nanti.
Petanya di sini. Boleh pergi dengan mashrutka no.6 dari Centre atau avtobus no.6 dari Ploshad Sovetskaya. Lagi senang naik teksi.
Beritahu doktor yang bertugas yang kalian nak bawa balik kucing. Kos vaccine dan antihelmithic drugs lebih kurang 1000rubles. Di sini juga kalian boleh pasang implan kat kucing kalian (чипирование).
3. Import Permit
Dapatkan import permit dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.
Permit ini hanya sah selama sebulan. Kalian perlu meminta tolong rakan atau keluarga di Malaysia untuk menguruskan perkara ni. Scan passport kucing kalian dan hantar kepada rakan anda tersebut untuk permohonan import permit. Permit ini siap dalam masa sehari sahaja dengan bayaran RM10. Itu hari kami dapatkan import permit dari Pejabat Haiwan di Petaling Jaya, Selangor. Mungkin juga boleh dapat dari Pejabat Haiwan negeri masing-masing.
Minta kawan kalian untuk scan permit tersebut dan hantar kepada kalian. Ingatkan dia juga supaya simpan permit yang asal kerana kalian memerlukannya nanti.
4. Pet's Health Certificate atau Sijil Export
Dokumen ini kalian perlu dapatkan di ветлечебница Елецкий перулок д.531а.
Dokumen ini hanya sah selama 5 hari. Jadi dapatkannya paling cepat 5 hari sebelum tarikh penerbangan anda dengan bayaran lebih kurang 120 Rubles. Dokumen yang kalian dapat dari klinik ini perlu dibawa ke Jabatan Haiwan di
ул. 13-я Гвардейская, 13 (berhampiran Ploshad Lenin) untuk disahkan.
Petanya di sini.
5. Urusan Penerbangan
Hubungi syarikat penerbangan yang kalian ingin naiki dan tanyakan
kos dan spesifikasi bekas kucing yang diperlukan, sama ada perlu check-in atau boleh dibawa bersama ke kabin. Jika connecting flight, hubungi kedua-kedua syarikat kerana kos dan syarat-syaratnya mungkin berlainan. Setahu saya : MAS 25 Euro per-kg, KLM 70 Euro seekor untuk kucing tidak melebihi berat 5 kg dari Moscow ke Amsterdam, S7 ke Moscow 3 Euro per-kg. Harga mungkin berubah-ubah.
Jika menaiki flight, kalian perlu berjumpa dengan
doktor veterinar di airport Volgograd sebelum departure bagi mendapatkan kebenaran membawa kucing. Tanyakan sahaja kakak atau makcik di kaunter pertanyaan di airport tu kat mana nak jumpa doktor veterinar.
Sesampainya di airport Moscow, kalian perlu ke unit perkhidmatan haiwan di sana untuk
translate dokumen yang telah diperolehi di Volgograd itu untuk penerbangan international.
6. Kuarantin
Setibanya di KLIA, kucing kalian perlu dikuarantin sekurang-kurangnya selama 7 hari. 2-3 hari sebelum ketibaan, hubungi Unit Kuarantin KLIA untuk memaklumkan ketibaan kucing dan tempahan kuarantin (03-87872379). Kos kuarantin selama 7 hari berjumlah lebih kurang RM120. Jika kalian bawa makanan dan pasir sendiri, kosnya mungkin kurang sedikit. Selepas 7 hari bolehlah ambil kucing kalian dengan menunjukkan
import permit yang asal.
Itulah sedikit sebanyak berkenaan urusan membawa pulang haiwan peliharaan dari Russia. Jangan risau, kucing dari Russia tiada masalah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca Malaysia. Jika boleh bawalah sepasang supaya haiwan kesayangan kalian itu tidak kesunyian.heh!
Related Posts : Tips dan Tutorial
13 comments:
saya paling suka pesanan encik yg paling akhir...=D
asm. sy nk tya. boleh guide x mcmana kalau kita nk beli kucing dr luar / ukraine? apa prosedur dn bayaran2 selalunya ya? tq ��
Salam.. Beli kucing boleh kirim pada student kat sana.. Tp pendapat saya, kalau cik berada di malaysia, baik uruskan dgn pet shop di sini.. Boleh cari baka yang baik.. Saya dulu bawa balik sebab saya belajar di sana dan bela dari kecil lagi.. Kos penetbangan untuk bawa balik dah dekat rm2k, ketika itu
salam. dokto blaja kat volgo ke dulu? sy student volgo jugak. nak tanya step 3 n 4 tu memg kene buat ye? sebab ada baru ni kawan bawak balik kucing. dia cakap macam orang x cek sangat pun. macam bawak camtu je. =)
salam.. ya saya Volgo grad 2010. Prosedur ni tahun 2010. Saya ikut prosedur takut ada perkara berbangkit terutamanya di airport russia. Di malaysia kita mungkin boleh guna budi bicara. Di russia slek sket takut kena main duit le bang.heh
owh ye ye betul lah tu.. russia ni bukan boleh kira sgt.. hehehe ok2 tq=erima kasih doc. =)
masa kucing sampai Malaysia kucing direct akan dihantar kat tempat kuarantin ka Dr? atau kita yg kena bawak p tempat kuarantin?
Perlukah kucing yg di import dr ukraine diberi vaksin lg?doktor yg sy bawak di sini ckp perlu buat semua 3 kali sebab kat ukraine baru 2 kali...tp kawan sy ckp di Ukraine mmg dua kali sahaja so xyah nk buat lg di malaysia...benarkan?mohon pencerahan....
maaf saya kurang ariff tentang vaksin kucing. saya vaksin dulu hanya untuk mendapatkan permit keluar dari russia. saya rasa macam
manusia juga, vaksinisasi haiwan ada jadual tersendiri. boleh rujuk dgn jabatan veterinar
Terima kasih
Kalau nak pos dari terengganu ke selangor pun perlukan permit jugak?
Kalau nak pos dari terengganu ke selangor pun perlukan permit jugak?
Perlukan permit import kucing dari luar negara ke malaysia hubungi 019-6361389
Post a Comment