Memang sudah menjadi kehendak raja sehari untuk kelihatan paling anggun pada hari walimah mereka. Di sini aku ingin kongsi beberapa tips yang berkaitan.
1. Pilih pakej andaman yang berpatutan.
- zaman sekarang ni butik andaman dan pengantin ada di mana-mana sahaja. Jika kalian punya modal yang sederhana seperti aku ini, carilah butik andaman yang menawarkan harga yang berpatutan. Kadang-kadang walau harga mahal berganda-ganda, servis yang disediakan biasa-biasa sahaja, walaupun kononnya si mak andam itu popular. Di Kluang, Johor harga pakej paling ringkas (pelamin, hiasan meja makan beradap, 1 persalinan, 1 kali mekap) sekitar RM800-1000.
2. Pasang pelamin awal dan cari yang berdekatan
- Walau berapa pun harga pelamin itu, besar kemungkinan masih akan ada cacat kurang, berlainan dengan apa yang dipamerkan di album butik pengantin yang kalian pilih. Jadi, mintalah pelamin dipasang selewat-lewatnya 2 hari sebelum majlis supaya boleh kalian komplen apa yang tak kena. Pilihlah juga butik yang paling dekat, supaya tiada alasan bagi depa tidak datang balik keesokannya untuk menyiapkan pelamin.
3. Pilih baju dahulu sebelum tema warna.
- Agak susah untuk mencari baju pengantin yang cantik dan pada masa yang sama sopan menutup aurat. Apabila kalian dah tetapkan tema warna awal-awal, pilihan baju akan menjadi semakin terhad. Lagi mudah pilih dulu baju yang kalian berkenaan, kemudian barulah setkan tema warna yang bersesuaian dengan baju tersebut.
4. Pilih mak andam wanita dan yang tak banyak songeh
- Harus diingatkan bukan semua mak andam itu wanita. Ada juga, kebanyakannya mak andam lelaki (pak andam, mungkin). Seeloknya pilihlah yang wanita supaya memudahkan proses mekap dan sentuh menyentuh. Ada juga mak andam yang suka berkeras untuk cukur kening, tak bagi tudung labuh dan sebagainya. Jadi pilihlah yang tak banyak songeh. Biasanya mak andam yang tak berapa tua senang dibawa berbincang. Kalian boleh komplen berkenan atau tidak dengan solekan, cara menggayakan tudung dan sebagainya.
5. Ringkaskan solekan
- Wajah yang asli tanpa mekap itu sebenar-sebenarnya yang paling cantik. Jika boleh jangan mekap terlalu tebal sehingga kadang kala mengubah wajah kalian, nampak lain terus dari yang asal. Bimbang nanti anak-anak tidak cam siapa yang bersanding dengan bapa mereka itu.heh!
Sekian dulu buat masa ini. Akhir kata, cubalah ringkaskan majlis tersebut. Harus diingatkan hanya jamuan itu yang disunatkan, bukan persandingan, berhias dan sebagainya. Jika boleh, tiada pelamin, baju keraian, mekap dll itu lagi bagus. Akhir kata, semoga majlis kalian diberkati. Keberkatan itulah yang kita cari.
Hello world!
-
Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then
start writing!
6 years ago
1 comments:
ramai kawan2 yang dah berumah tangga dayat..saja share..takut2 jadi mangsa kebuasan mak-mak andam di luar sana.heh!
Post a Comment