Salam Perantau..

Dulu..
Malam raya takbir beramai-ramai..tengok budak2 main mercun..lepak2 bersama family tengok tv..
Pagi raya breakfast bersama keluarga..makan lauk sedap2..nasi himpit kuah kacang..pakai baju cantik2..bergambar bersama keluarga..bersalam-salaman..pegi masjid..pegi melawat kubur..ziarah rumah saudara-mara..budak2 dapat duit raya..meriahnya suasana..

Sekarang..
Malam raya takbir juga (tapi sesama kita je la)..kepada yang ada kelas,kena study (kalau ada concluding test lagi sakit)..
Pagi raya breakfast nasi sejuk semalam (kalau ada..kalau tak makan megi je la)..pakai baju ala kadar (simpan untuk sambutan yang betul2 nanti)..sesetengah pergi masjid solat raya (tu pun atas ehsan lecturer,atau pun ponteng kelas)..kemudian pergi kelas..melawat saudara2 mara memang mustahil (lawat patient di hosptal bolehlah)..nak telefon family,di Malaysia tak raya lagi (sini raya awal)

Inilah nasib beraya di perantauan..masuk tahun ni sudah 3 tahun..

Ayahanda dan bonda..teringin rasanya hati untuk mengucup tangan mu di pagi raya yang mulia ini..mencium pipimu yang mulus..namun,hasrat di hati ingin memeluk gunung,apakan daya tangan tak sampai.

Ayahanda dan bonda..
Anakanda memohon maaf atas segala salah dan silap..bonda,halalkanlah setiap titis susumu yang mengalir ke perut anakanda..doakan kejayaan anakmu..Salam ampun dan maaf buat keluarga dan saudara-mara..terima kasih atas segala sokongan..inyaAllah harapan kalian semua tidak akan dihampakan..

Kepada kawan2..ampunkan segala salah dan silap..rindu korang semua..ada rezeki kita jumpa lagi..SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.MAAF ZAHIR DAN BATIN

Milo Kow-Kow Yang Gagah




Milo Kow-Kow akhirnya menamatkan kempen liga futsal Volgograd di tempat kedua dari bawah (2nd last)..satu kejayaan yang boleh dikira memberangsang.Petang tadi menyaksikan kemenangan pertama Milo Kow-Kow setelah membelasah pasukan Hiroshima 3-0..namun perlawanan seterusnya sedikit mengecewakan apabila Milo sekali lagi tewas.Kali ini ditangan pasukan Nagasaki (3-2)

Dua perlawanan dalam satu hari pada bulan puasa ternyata amat meletihkan..tahniah diucapkan kepada pemain2 Milo atas kerja keras yang ditunjukkan dan semangat tidak mengaku kalah hingga ke saat akhir.

Sememangnya kita serba kekurangan..namun kita bukan 'ayam','jagung' mahupun 'biskut marry'..kita adalah 'Milo Kow-Kow Yang Gagah'..kempen liga musim depan semestinya kita menjanjikan tentangan yang lebih sengit..PROUD TO SHARE THIS FIELD OF BATTLE WITH YOU..HAIL MILO KOW-KOW!

*musim depan kita tukar nama jom.eheh

Selamat Datang Pelajar Baru Ke VSMU

Seramai lebih kurang 30 orang pelajar baru telah selamat menjejakkan kaki di bumi Volgograd aka Stalingrad The Heroic City ini.Hari ini insyaAllah akan diadakan sesi orientasi (untuk berkenalan kononnya).Semua warga Malaysia di jemput datang ke hostel Hiroshima untuk tujuan tersebut.Dan aku?inyaAllah tak pergi.

Memang bagus tujuan nak berkenalan tu.Aku cuba bayangkan situasi orientasi tu-->ramai2 datang hostel,tengok slideshow.kemudian junior berjumpa senior.dan kita pun hulur tangan sambil tersengih, “hai,saya Matpih”.junior pun ambil pensel dan cuba lukis muka kitorang.takut nanti lupa pula.Masa masuk matrikulasi Kedah dulu aku amat bengkek dengan orientasi.tapi tu pendapat masing2.amat subjektif.

Adib cakap, “pergilah.nanti kalau jumpa tepi jalan,junior tak tegur,marah pulak”..hm..aku macam tak kisah dah sekarang.Nak tegur,tegur..taknak tegur sudah.lagipun budak2 baru sampai ni malu2 sikit (bukan sombong).Nanti kalau nak kenal,kenallah tu.Cinta tak perlu dipaksa.

Kepada pelajar-pelajar baru,selamat menjalani hidup manusia normal di bumi Volgograd yang indah permai ini.amin..

A Tribute To HER

artwork by MATPIH13

player rating's

Dipetik dari Poison's n Antidotes:
Eto'ong : 7.0/10 A brave, confident performance from the youngster on
his debut. The 2 reflex saves he pulled off was a proof of his agility and
concentration, but still there's room for improvement especially during
1-on-1.

Matpih : 7.5/10 Proved that "class is permanent, form is temporary" by
managing to hit the post despite misheading a corner. Will be a real pain in the
a$$ for oppositions when he hits his true form.rating
pemain lain..

Milo kow-kow kalah lagi..tapi perlawanan sengit dengan pelajar tahun ke-5 memang amat membanggakan..ahad ni lawan budak2 5-year indian dengan style 'mixing football with boxing' diorang..aku rasa boleh menang..kalau diorang main boxing,kita main tomoi!!cuma aku harap krisis kapten dan manager tidak menjatuhkan team

p/s:kebelakangan sibuk sikit..dengan pindah rumah,study lagi,dan bola..tambah dengan ekonomi yang meleset..kepada kawan2,SELAMAT BERPUASA.jangan lupa terawih.peace..

KFC stuns MiLo in the Volgograd Premier League

Dipetik dari Afiq's Blog-Poisons & Antidotes

Kim FC(KFC) kicked off their campaign in the inaugural Volgograd Premier
League with an undeserved 2-0 victory over the mighty MiLo KaU KaU. A spectular
free kick from midfield dynamo Sacchi and a controversial second from Harvinder
in the space of five minutes early in the second half settled the match for the
team who are favourites to win the league.
Berita Lengkap...

Harga Naik?Kita Pindah!

Isnin hari tu masa tuan rumah bawa dagavor(surat perjanjian) baru,nak naik sawan juga budak2 ni..apa tidaknya..harga dari pada 13000ruble naik jadi 25000ruble beb!!gila agaknya.aku dah agak dah.mesti ada agenda tersembunyi dia tukar bathtub itu hari..ada udang di sebalik pokok api2..malam tu juga kitorang call member,suruh contact agent,cari apartmert baru..

Dan hari ni,settle.kitorang dah dapat rumahbaru..condition ok..luas dan selesa..dekat centre.padan muka tuan rumah yang lama tu..bagi betis nak paha,bagi paha nak ayam golek.lemak la camtu..kita tengok sapa yang sanggup bayar 13000ruble untuk rumah dia tu..

Dulu ingat nak tinggal di rumah ni sampai habis tahun ke-6.tapi hujan batu di tengah hari..tuan rumah pula gila duit.tak pun dia memang nak halau kitorang.tak apalah.kitorang pun dah nak pindah.harap2 tiada masalah dengan apartment baru ni..semoga dia bahagia bersama bathtubnya..amin..

*1 rm = 7.3 ruble