[WTS] DSLR, Lenses, Camera bags & Tripod

Assalamualaikum/Salam sejahtera

Saya ada beberapa barangan kamera untuk dijual seperti berikut:

1. NIKON D60 DSLR - SOLD!!
- Body only : RM 690
- Body + Nikkor 18-55mm VR : RM 990
2. AF-S NIKKOR 18-55mm 1:3.5-5.6G (VR) Lens : RM 380 - SOLD!!
3. AF-S NIKKOR 55-200mm 1:4-5.6G ED (VR) Lens : RM 550 RM 520
4. Tamron SP AF 17-50mm f/2.8 XR Di II LD IF (Nikon) : RM 990 RM 950
5. Helios-40 85mm f1.5 (M39) : RM 1 500
6. Crumpler 'The Royal Court' Camera + Laptop Bag/Backpack : RM 450
7. Crumpler 'Pretty Boy' M Camera Bag : RM 180
8. Keep TR-54 Tripod (Brand new) : RM 65

COD area Kota Bharu atau Pos Laju ke seluruh Malaysia. Harga sudah termasuk kos pos. Jangan segan untuk hubungi saya jika ada sebarang kemusykilan.

Gambar dan penerangan barangan seperti di bawah. Sila klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas. Gambar-gambar juga boleh didapati di sini.

Tragis

Selasa, 17 April 2012

Hari itu masih lagi panas walaupun sudah menjelang petang. Matahari terik menghitamkan lagi lengan Udin yang sudah sedia hitam. Mujurlah helmet fullface yang Udin pakai visornya gelap. Tidaklah sinar matahari dapat menyepetkan lagi mata Udin.  

Jalan itu jalan sehala - 3 lorong,  agak lengang. Ada sebuah van di lorong tengah, warna putih seingat Udin, yang amat perlahan, sama-sama menuju ke arah lampu isyarat - van di depan, Udin di belakang. Udin di lorong kiri. Di depan ada simpang, lampu isyarat sudah kuning. Van itu masih perlahan. Ya lah, ia sudah di depan, cukup hampir dengan simpang. Mesti ia sempat lepas, walaupun perlahan.  

"Lampu kuning, van lorong tengah, tak ada signal ke kiri. Selamat ni", detik otak Udin, seraya terus memecut motosikalnya, di lorong kiri itu.  

Tiba-tiba van itu membelok.  

"Gedegang!!!"  

Udin tidak tahu apa yang berlanggar. Yang Udin ingat dia sudah melambung di udara.  

"Gedebab!Kelekukk!"  

Kepala Udin yang masih berhelmet menghentak tar, bersama badannya.

Udin terpinga-pinga. Dari meniarap Udin melentangkan badan. Udin cuba untuk bangun, namun terasa sungguh lemah sekali batang tubuh. Udin matikan hajat murninya dan teruskan sahaja terlentang di atas jalan.

Udin dapat lihat langit biru. Suasana kedengaran hingar. Macam-macam bermain dalam kepala Udin - tiada apa-apakah aku ini, amalan tidak cukup lagi. Anak umur baru dua bulan, minggu depan baru dapat bersua dengan anak bini. Kalau jadi apa-apa siapa nak jaga depa. Terukkah motosikal aku. Mana nak baiki. Macam mana nak kerja malam ini. Kalau tak kerja siapa nak ganti. Cuti pula dah nak habis.  

Udin pejamkan mata..  

"Moto, moto. Angkat moto dulu.", itulah ayat terakhir yang Udin dengar sebelum dia dipapah ke tepi jalan.  

Van tadi sudah tidak kelihatan..

Tragis 1

Suka entri ini? Kliklah mana-mana butang di bawah untuk kongsi dengan rakan yang lain pula.heh!

Kelantan - Seindah Namamu

Tanah Serendah Sekebun Bunga
Negeri tadahan wahyu
Cik Siti Wan Kembang
Cukup indah namamu
Seindah negerimu
Duhai
Wajahmu nan indah
Persis Jeddah
Yang pernah kulewati
Taat menjunjung al-Quran
Teguh menggalas syariat
Yang tidak pernah goyah
Tersentuh hati kudusku
Lantaran aku di sini
Biar tidak pernah kuduga
Bertemu seorang ulama'
Yang dicintai rakyatnya

Lalu...
Kuntum rindu yang lama tersimpan
Terubat jua akhirnya
Biar sekelumit cuma
Beruntung rakyatnya
Menumpang teduh seorang ulama'
Yang lembut.. tapi tegas beribadat
Yang pengasih.. namun tidak goyah
Pada percikan kealpaan dunia
Pasti aku merinduimu lagi
Entah kapan bisa diubati
Cuma setitis doa bisa kutitip buatmu
Memacu
Membangun Islam bersama
Semoga kita bertemu kembali

- Oki Setiana Dewi, Kota Bharu, Mac 2012


Suka entri ini? Kliklah mana-mana butang di bawah untuk kongsi dengan rakan yang lain pula.heh!

‏امیر معزالدین بن محمد حفظ الدين

Memperkenalkan permata hati kami Ameer Muizzuddin Bin Mohd Hafizuddin, lahir 17 Feb 2012 jam 1.20pg, hadiah hari lahir yang paling bermakna dari isteri tercinta.

Hidung ikut Umi, mata semestinya ikut Abi.heh!

Photo & Video Sharing by SmugMug

Ameer bermaksud ruler, prince, commander.
Muizzuddin bermaksud one who strengthens the Deen.

Semoga Ameer membesar menjadi anak yang soleh, sesuai dengan namanya. Amin..



Suka entri ini? Kliklah mana-mana butang di bawah untuk kongsi dengan rakan yang lain pula.heh!

Bertapa

Harap maaf. Pemilik blog ini sedang bertapa.

Muda dan Berbahaya

Semasa kami form 4 kami agak tidak ngam dengan batch atas kami, form 5. Aku tidak pasti macam mana permusuhan ini bermula. Katanya, mereka ini lebih disayangi cikgu-cikgu di sekolah budak-budak pandai, tempat kami belajar itu. Mereka baik-baik belaka, kononnya tiada seorang pun di kalangan mereka yang buri, ketika itu, berbanding kami yang kononnya haprak-haprak belaka, bak kata sesetengah.

Pernah satu hari hampir tercetus satu pergaduhan besar. Biasalah petang-petang, kami bermain bola di dataran, depan dewan makan. Form 4 ada, form 5 ada. Form 4 main team form 4, form 5 main team form 5. Mula dengan sentuh-sentuh, cuit-cuit, kemudian jadi semakin kasar, ditambah dengan caci maki. Akhirnya bola dicampak tepi, kedua puak mula berkonfrontasi. Ada yang bersiap-siap nak terjun tingkap, nak join sekaki. Kau pernah tengok cerita Young and Dangerous? Ketika geng-geng Hung Hing berdepan dengan geng Tung Tsing. Ha, begitulah keadaan ketika itu.

Mujurlah kebetulan petang itu, ada warden yang mengajar muzik kat bangunan sebelah perasan. Terus dijerkah dan dihalau kami yang ketika tu bagai dirasuk. Kalau tak, aku pasti, pergaduhan besar akan terjadi, dan akan jadi sejarah zaman berzaman, sekolah budak-budak pandai itu.

Itulah salah satu peristiwa yang aku ingat ketika masih muda dan berbahaya dulu. Sekarang ini aku, dan kebanyakan kami dah berubah, cuba menjadi semakin matang dan mencari ketenangan hidup.heh!

NOTA KAKI
Kadang-kadang terasa rindu juga untuk ke sekolah budak-budak pandai itu, walau pun tiada apa yang aku tinggalkan di situ, selain kenangan.


Suka entri ini? Kliklah mana-mana butang di bawah untuk kongsi dengan rakan yang lain pula.heh!

Fasha Tak Sendat Lagi

Gambar ini gua ambil di Sure Jom Heboh di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu itu hari. Bukanlah gua nak sangat pergi, tapi stadium tempat Sure Jom Heboh ni sebelah hospital tempat gua kerja. Singgah lah sekejap, sambil-sambil tengok, betul ke tidak orang kata Fasha Sanda datang Kelantan pakai tudung. heh!



Suka entri ini? Kliklah mana-mana butang di bawah untuk kongsi dengan rakan yang lain pula.heh!