Tips Menjaga Honda Accord SM4

Photo & Video Sharing by SmugMug

1. Setiap pagi sebelum berjalan periksa air bateri, air radiator, minyak brek, minyak hitam, tali kipas dll. Biarkan suis dalam keadaan 'on' seberapa ketika dahulu sebelum hidupkan enjin. Sebelum matikan enjin, matikan dulu air-cond, radio.

2. Honda Accord sudah rendah secara semulajadi. Jadi jangan muat barang berat-berat dalam bonet. Terutamanya jika berjalan jauh.

3. Kalau boleh isi minyak yang sama sahaja. Jika Petronas, Petronaslah. Jangan tunggu tangki kering baru nak isi. Honda tidak makan minyak banyak sangat berbanding enjinnya yang besar.

4. Hantar servis regularly. Kalau bengkel itu biasa kau pergi, ada kad servis yang menyatakan bila, dan apa kena servis lagi. Lepas servis dia akan tampal peringatan kat windshield kau.

5. Hantar servis ke tempat yang biasa dengan Honda sahaja. Kalau tidak, dia buka, godam tempat tak berkaitan, selain berkemungkinan tiap alatan yang sesuai.

6. Kalau ada yang tak kena, nak kena tukar, tukar terus. Takut nanti dia berjangkit ke tempat lain pula. Dan kos repair akan makin tinggi.

7. Setiap lebih kurang 5 000km atau 3-4 kali berjalan jauh kena tukar minyak hitam. Setiap 60 000km kena tukar timing belt.

8. Guna barang Honda yang original sahaja. Barang Honda agak mahal. Sebelah side mirror second hand ori dah RM180. Sebatang upper arm depan- RM145, belakang - RM195. Sebiji mentol - RM20.

Feeling memandunya - Priceless.heh!

Tips Perkahwinan : Pelamin, Baju Pengantin, Andaman dll

Memang sudah menjadi kehendak raja sehari untuk kelihatan paling anggun pada hari walimah mereka. Di sini aku ingin kongsi beberapa tips yang berkaitan.

1. Pilih pakej andaman yang berpatutan.
- zaman sekarang ni butik andaman dan pengantin ada di mana-mana sahaja. Jika kalian punya modal yang sederhana seperti aku ini, carilah butik andaman yang menawarkan harga yang berpatutan. Kadang-kadang walau harga mahal berganda-ganda, servis yang disediakan biasa-biasa sahaja, walaupun kononnya si mak andam itu popular. Di Kluang, Johor harga pakej paling ringkas (pelamin, hiasan meja makan beradap, 1 persalinan, 1 kali mekap) sekitar RM800-1000.

2. Pasang pelamin awal dan cari yang berdekatan
- Walau berapa pun harga pelamin itu, besar kemungkinan masih akan ada cacat kurang, berlainan dengan apa yang dipamerkan di album butik pengantin yang kalian pilih. Jadi, mintalah pelamin dipasang selewat-lewatnya 2 hari sebelum majlis supaya boleh kalian komplen apa yang tak kena. Pilihlah juga butik yang paling dekat, supaya tiada alasan bagi depa tidak datang balik keesokannya untuk menyiapkan pelamin.

3. Pilih baju dahulu sebelum tema warna.
- Agak susah untuk mencari baju pengantin yang cantik dan pada masa yang sama sopan menutup aurat. Apabila kalian dah tetapkan tema warna awal-awal, pilihan baju akan menjadi semakin terhad. Lagi mudah pilih dulu baju yang kalian berkenaan, kemudian barulah setkan tema warna yang bersesuaian dengan baju tersebut.

4. Pilih mak andam wanita dan yang tak banyak songeh
- Harus diingatkan bukan semua mak andam itu wanita. Ada juga, kebanyakannya mak andam lelaki (pak andam, mungkin). Seeloknya pilihlah yang wanita supaya memudahkan proses mekap dan sentuh menyentuh. Ada juga mak andam yang suka berkeras untuk cukur kening, tak bagi tudung labuh dan sebagainya. Jadi pilihlah yang tak banyak songeh. Biasanya mak andam yang tak berapa tua senang dibawa berbincang. Kalian boleh komplen berkenan atau tidak dengan solekan, cara menggayakan tudung dan sebagainya.

5. Ringkaskan solekan
- Wajah yang asli tanpa mekap itu sebenar-sebenarnya yang paling cantik. Jika boleh jangan mekap terlalu tebal sehingga kadang kala mengubah wajah kalian, nampak lain terus dari yang asal. Bimbang nanti anak-anak tidak cam siapa yang bersanding dengan bapa mereka itu.heh!

Sekian dulu buat masa ini. Akhir kata, cubalah ringkaskan majlis tersebut. Harus diingatkan hanya jamuan itu yang disunatkan, bukan persandingan, berhias dan sebagainya. Jika boleh, tiada pelamin, baju keraian, mekap dll itu lagi bagus. Akhir kata, semoga majlis kalian diberkati. Keberkatan itulah yang kita cari.

Piala dunia, ramalan sotong dan...

Tamat sudah acara sukan terbesar di dunia ini. Entah mengapa, si Paul menjadi popular, menjadi bualan di media massa dengan ramalannya, macam ia yang tentukan semua. Hati-hati! Jangan terlalu memuja si sotong. Tidak cukup dengan judi. Bimbang terjebak dengan syirik pula.

St.Petersburg lwn Helsinki


Aku pasti ramai antara kita yang pernah, atau teringin untuk pergi ke St. Petersburg, Russia atau dulunya dikenali sebagai Leningrad. Pergilah, sementara masih di Russia ini, kerana setelah beredar dari negara ini, hampir pasti kalian tidak akan, taknak, atau susah nak datang lagi.

Aku pernah pergi, tahun lepas, setahun selepas aku bergelar suami orang,heh! Memang aku akui ia sebuah bandar yang cantik. Menikmati 'White night' sambil bersiar di pesisir Neva, berpiknik di taman-taman yang hijau, atau melawat pinggiran bandar - Peterhoff, Pushkina dll.


Namun, aku melihat kecantikan sesuatu tempat dengan keindahan budi dan pekerti penghuninya. St. Petersburg masih lagi Russia, walaupun budaya dan cara penduduknya mungkin sedikit lebih baik dari bahagian Russia yg lain. Tempat tarikan pelancongnya masih mengamalkan double standard. Caj dan layanan berlainan diberikan untuk pelancong asing.

Alang-alang ke St. Petersburg, aku cadangkan kalian teruskan semalaman perjalanan ke Helsinki, Finland. Ambil saja bas atau van mini di Moskovky Vokzal. Ketika itu tambangnya sekitar 800 ruble. Kita, pemegang pasport Malaysia memang

VSMU Class of 2010 Graduation

At last we've finished studying here in Volgograd, Russia. It was a pleasure to share this battle with you all. It is indeed the end of a beginning. I hope we can endure the hardship afterwards and become good doctors. All the best!!

P/s : Tak sempat sangat nak bergambar di majlis konvokesyen edisi petang tu. Berikut beberapa keping gambar yang sempat diambil:



You can download hi-res photos or get the link (direct link, album, slideshow etc.) HERE.

Enjoy!!

Kaedah Bermazhab

Adakah wajib beriltizam dengan satu mazhab?

Dalam permasalahan ini, terdapat 3 pendapat daripada ulamak ahli usul:

Pendapat pertama: Wajib beriltizam dengan satu mazhab kerana seseorang itu telah beri’tikad bahawa imam itu berada di dalam kebenaran.

Pendapat kedua: Tidak wajib bertaqlid kepada satu mazhab dalam setiap masalah berlaku bahkan dia boleh bertaqlid kepada mana-mana mazhab imam mujtahid yang dia ingini. Sekiranya seseorang itu bertaqlid kepada mazhab Hanafi, atau mazhab Syafie dia tidak wajib berterusan dengan mazhab tersebut bahkan dia boleh berpindah kepada mazhab lain.[1]Contohnya: Seseorang itu bersolat dengan mazhab Hanafi, pada keesokan harinya dia boleh bersolat dengan mazhab Syafie.

Pendapat ketiga: Imam Hamidi dan Imam Kamal ibnu Humam berpendapat sekiranya seseorang tersebut beramal dengan sesuatu mazhab di dalam sesuatu masalah, maka dia tidak lagi boleh bertaqlid kepada mazhab yang lain. Sekiranya amalan tersebut belum dilakukan, maka dia boleh bertaqlid kepada mazhab yang lain.

Pentarjihan: Dr Wahbah Zuhaili[2] telah mentarjihkan pada pendapat yang kedua, mengatakan ianya pendapat yang terkuat. Pada pendapat penulis, pendapat ini adalah yang benar kerana Allah tidak mewajibkan kita mengikut kepada mazhab yang tertentu, sebaliknya Allah mewajibkan kita mengikut al-Quran dan al-Sunnah dan bertaqlid kepada suatu mazhab yang tertentu bukanlah sebagai suatu nazar yang wajib dipatuhi.

Hukum bertaqlid selain daripada mazhab yang empat

Dalam masalah ini, ulamak-ulamak berselisih pendapat:

Wavin' Flag (Palestine Version)'s Lyric

Sungguh, lagu-lagu rakyat dan perjuangan memang jarang gagal mendapat tempat di lubuk hatiku. Dan sungguh, ini adalah lagu FIFA World Cup yang paling mantap (terutamanya versi di bawah ini) jika dibandingkan dengan lagu tema edisi-edisi sebelumnya.



Lirik

When i get older, they'll call me freedom
Just like a Waving Flag.

[Chorus]
When I get older, I will be stronger,
They'll call me freedom, just like a Waving Flag,
And then it goes back, and then it goes back,
And then it goes back

Born to a throne, stronger than Rome
but Violent prone, poor people zone,
But it's my home, all I have known,
Where I got grown, streets we would roam.
But out of the darkness, I came the farthest,
Among the hardest survival.
Learn from these streets, it can be bleak,
Except no defeat, surrender retreat,

So we struggling, fighting to eat and
We wondering when we'll be free,
So we patiently wait, for that fateful day,
It's not far away, so for now we say

[Chorus]

So many wars, settling scores,
Bringing us promises, leaving us poor,
I heard them say, love is the way,
Love is the answer, that's what they say,
But look how they treat us, Make us believers,
We fight their battles, then they deceive us,
Try to control us, they couldn't hold us,
Cause we just move forward like Buffalo Soldiers.

But we struggling, fighting to eat,
And we wondering, when we'll be free
So we patiently wait, for that faithful day,
It's not far away, but for now we say,

[Chorus] 2x

(Ohhhh Ohhhh Ohhhhh Ohhhh)
And everybody will be singing it
(Ohhhh Ohhhh Ohhhhh Ohhhh)
And you and I will be singing it
(Ohhhh Ohhhh Ohhhhh Ohhhh)
And we all will be singing it
(Ohhh Ohh Ohh Ohh)

[Chorus] 2x

When I get older, when I get older
I will be stronger, just like a Waving Flag,
Just like a Waving Flag, just like a Waving flag
Flag, flag, Just like a Waving Flag


NOTA KAKI
Kadang-kadang sekeping foto dapat memberikan impak yang besar kepada yang melihatnya. Sungguh, gambar-gambar Palestine, kesengsaraan dan perjuangan mereka tidak pernah gagal untuk menyentuh hati aku (dan hati-hati sesiapa sahaja, yang masih terisi dengan nilai-nilai kemanusiaan, kita harap).

Aku, juga, bercita-cita, untuk merakam sendiri, kisah mereka, untuk tatapan kalian, suatu hari nanti, insyaAllah..