Ada Apa Dengan Kopi Itu?

Aku dah lupa nama tauke kedai kopi yang kau suka lepak tu. Ada orang kata, dia Yahudi. Aku apa kisah dia Yahudi ke Melayu ke Kadazan. Tapi dia ni penyokong kuat Zionisme, banyak menyumbang kepada Israel, negara haram itu, dengan duit hasil penjualan kopinya. Orang kata. Yang ni aku kisah.

Mungkin sebab itu mata aku sedikit peka kalau nampak nama kedai kopi ini. Lalu aku terjumpa satu artikel. Dengan berbesar hati aku paparkan sedikit sedutan untuk sama-sama kita baca. Kalau letak semua nanti penuh blog ni aku, jadi semak.

Folgers, Maxwell House, and Starbucks are America's best-selling ground coffees. But all three were iced by Eight O'Clock Colombian coffee in our taste tests. As for Starbucks, it didn't even place among the top regular coffees and trailed among decafs.

Our tests of 19 coffees also show that some of the best cost the least. At about $6 per pound, Eight O'Clock costs less than half the price of Gloria Jean's, Peet's, and other more expensive brands. (baca di sini, kalau ada lagi)

Aku tak tahu kalau tauke kopi yang lain-lain tu pun penyumbang Zionis ke tak. Tapi yang aku ingin persoalkan, ada apa dengan kedai yang kau bangga-banggakan tu? Kopinya bukan sebagus mana, tapi harganya mahal tak ingat dunia.

Aku tak pernah jejak kaki ke kedai tu. Kalau kau ajak pun aku tak mahu. Kurang sesuai dengan jiwa aku yang kampung. Tapi aku tahu mahal, sebab kawan-kawan yang pernah pegi situ cakap mahal. Kalau mahal kenapa kau pergi juga?

Ah ya, kononnya ada kelas, rasa ekslusif. Kau bangga minum-minum, lepak-lepak di situ. Ajak kawan-kawan, tangkap gambar pampang sini sana. Apa barang kopi mamak, tidak sesuai dengan selera metropolitan kau.

Tapi kau kena ingat, dari profil taukenya, duit untung kedai tu disalurkan kepada Israel. Aku percaya, ada yang mereka guna untuk beli peluru, secara langsung atau tidak. Cuba bayangkan, kau minum kopi mahal-mahal sambil menembak saudara-saudara kau. Seronok? Bangga mungkin?

Kawan-kawan yang cakap harga kopi tu mungkin dah tak lepak sana, mungkin. Mereka lebih rasi dengan neslo dan teh tarik maple, heh!

::NOTA KAKI::
Ada yang kata Starbucks bermaksud bucks (dollars) for the star (star of david, symbol of Israel).

6 comments:

QifA said...

aku ada baca gak article tu. aku pn x minum starbucks sbb mahai sgt. tapi marketing strategy diorang power, merata dunia sampai, siap buat recording company utk pemuzik2 lagi.

Mohafiz MH, M.D. said...

tu a..aku ada terbaca kat mana, diorang memang galakkan geng diorang buat bisnes..siap bagi peruntukan.. kita style pooled capital a.

rm10 secawan sampai ke? ke lebih?

Azer Mantessa said...

memang tak boleh dinafikan para peniaga boleh menjadi penyumbang utama kepada bantuan peperangan, membina sesebuah negara dan empayar dan menyebar agama.

N.HIDAYAT said...

ada yg rasa, konon nya hebat lah pergi ke starbucks, kedai yg mahal...
tapi sampai dikedai, order yg paling murah sekali...
"sedap ke idok, teman idok le taw..."
kalau ke kedai mamak,
kedai yg murah (pastikan bersih),
tapi order yg plg mahal dan byk2,
makan pun kenyang, senang hati...Alhamdulillah=)

marilah sama2 mengubah mentaliti

Mohafiz MH, M.D. said...

Bro azer (uncle is more appropriate rite?),
Setuju, perniagaan dan dakwah memang berkait rapat. Islam di bawa ke Melaka dengan nama perniagaanlah, if i am not mistaken.

Chenta,
Selalunya girls tak layan sangat mamak2 ni..tapi kalau kedai tu bersih, mungkin exception kot eh.

Mentaliti susah untuk diubah. Sama2lah kita cuba. Bermula dengan kita, mungkin.

Unknown said...

seb bek aku layan aer suam..tapi kedai mamak cas 20sen segelas...cis punye mamak...