Awang dan Tempurung Kaca

Hari ini akan diadakan pilihanraya untuk memilih badan tertinggi Kelab Umno
Volgograd..Kepada yang bertanding,semoga berjaya..kepada pihak yang terlibat
menjayakan pilihanraya ini,tahniah diucapkan..terutamanya kepada pihak
SPR..untuk maklumat lanjut sila lawati http://www.umnovolgograd.blogspot.com/ ..jangan
tanya aku,sebab aku tak pergi mengundi pun..umno no
more.
eheh


Awang pernah tinggal bawah tempurung kaca itu..Seronok..selamat..banyak penduduk,..muhibbahnya kuat..dari bawah sana Awang nampak suasana di luar..dahulu semasa tinggal di sana Awang pelik,kenapa orang yang tinggal di luar tidak suka datang ke bawah tempurung itu..mungkinkah mereka lupa diri?padahal mereka juga pernah tinggal di bawah tempurung kaca itu..

Kini Awang telah jadi sebahagian dari mereka,yang tinggal luar tempurung kaca..barulah Awang sedar..rupa-rupanya setelah meninggalkan tempurung kaca keadaaan jadi lain..awal-awal dulu Awang selalu juga melawat ke sana..tapi memang Awang tak dapat nafikan,suasana telah berubah..hambar..entah lah..mungkin itu hanya perasaan Awang..sebab Awang rasa penduduk-penduduk di sana amat rapat antara satu sama lain..riang gembira..apa taknya..kalau jalan pun boleh selisih bahu..awang tak boleh salahkan penduduk tempurung kaca kerana kemanjaan mereka..

Tak lama lagi satu pertandingan diadakan dalam komuniti Awang, untuk memilih ahli pasukan pancaragam..Pertandingan terbuka kepada semua penduduk,dalam tempurung kaca,mahupun penduduk di luar..Awang harap biarlah ada penduduk luar yang menang,jadi penyanyi solo mahupun penyanyi latar..sebab Awang rasa,penduduk luar juga ada yang bersuara merdu..bukanlah tujuan Awang untuk bersikap perkauman.Tetapi Awang hanya inginkan hubungan yang rapat antara penduduk komuniti..Mahukan perlibatan yang menyeluruh,tidak mahu hanya berpusat di dalam tempurung kaca..Sebelum ini canang pun tidak,beduk pun tidak,alih-alih dah jalan..(atau mungkin juga silap penduduk luar,sebab tak ambil tahu..atau mungkin sebab tiada saluran untuk hebah2..maklumlah,luar tempurung ini terpencil..jauh dari masyarakat)..kali ini sebaran maklumat sampai sepenuhnya.baguslah,Tahniah kepada pihak pencari bakat..bukan apa,takut nanti yang jadi penyanyi dia, pemukul gendang pun dia, peniup serunai pun dia..Memang tak salah sebenarnya..Memang betul sesetengah orang itu perkemampuan,berkebolehan..Hm..mungkin juga harus disalahkan kepada penduduk luar tempurung,kerana terlalu menyendiri,rasa merendah diri dan tidak mengambil peluang untuk menyelinap masuk semula ke tempurung itu..Takkan penduduk luar nak harapkan orang naikkan,baru nak menghunus keris?hmm..Entahlah..Nak cakap pun bukannya Awang reti sangat.

Awang tahu,tempurung kaca itu tak boleh dihapuskan..kerana masing-masing ada pendapat..masing-masing ada hal dan alasan sendiri..dalam mahu pun luar semuanya ada kelebihan..semoga selepas ini komuniti bertambah rapat..itu sahaja yang Awang inginkan.

Aku Dan Kejiwanganku..

Artwork by Matpih13

Doa Orang Bercinta

Ya Allah,kurniakanlah aku CINTA-Mu,
Kurniakan kepadaku CINTA orang yang CINTA pada-Mu,
Dan kurniakanlah kepadaku CINTA apa sahaja yang mendekatkan diriku kepada CINTA-Mu,
Sesungguhnya CINTA-Mu lebih aku dambakan dari seteguk air yang dingin.


"Allahummarzukni hubbak, Wa hubba man ahabbaka, Wa hubba maa yuqorribunii ila hubbika, Waj'al hubbaka ahabbu ilaiya minal maail baaridi."


*sumber = Ustaz Badrul Amin, Al-Kuliah (Cinta Remaja)

Kalimah Cinta

Simpan diri ku terseksa
Nak ku luahkan tak ku gentar
Kekurangan ku terbongkar
Sisi mu umpama syurga
Peluang emas ku jamah
Bahagia yang ku cari awal dulu

Aku insan yang terdampar
Yang tinggal menagih cinta
Terang dan terlindung
Dimana tempat nak ku singgah
Mengesan mu pasangan ditakdirkan

Ku rempuh azab sengsara
Tak kisah asal bersua
Kau kasih penyeri jiwa
Pendorong ku hadapi hidup

Kau kasih isyarat jiwa
Ku meniti jalan yang lurus
Kau kasih isyarat jiwa
Pendorong ku hadapi hidup

Mengenal erti cinta
Mengenal cinta tulus

................................................................................
Antara lagu yang aku suka..lagu ini nyanyian Amy Search..dah lama rasanya lagu ni..

Mahkota Wanita

Artwork by MATPIH13 24:31 "Katakanlah kepada wanita yang beriman: ""Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu memperoleh keuntungan."

Salam Perantau..

Dulu..
Malam raya takbir beramai-ramai..tengok budak2 main mercun..lepak2 bersama family tengok tv..
Pagi raya breakfast bersama keluarga..makan lauk sedap2..nasi himpit kuah kacang..pakai baju cantik2..bergambar bersama keluarga..bersalam-salaman..pegi masjid..pegi melawat kubur..ziarah rumah saudara-mara..budak2 dapat duit raya..meriahnya suasana..

Sekarang..
Malam raya takbir juga (tapi sesama kita je la)..kepada yang ada kelas,kena study (kalau ada concluding test lagi sakit)..
Pagi raya breakfast nasi sejuk semalam (kalau ada..kalau tak makan megi je la)..pakai baju ala kadar (simpan untuk sambutan yang betul2 nanti)..sesetengah pergi masjid solat raya (tu pun atas ehsan lecturer,atau pun ponteng kelas)..kemudian pergi kelas..melawat saudara2 mara memang mustahil (lawat patient di hosptal bolehlah)..nak telefon family,di Malaysia tak raya lagi (sini raya awal)

Inilah nasib beraya di perantauan..masuk tahun ni sudah 3 tahun..

Ayahanda dan bonda..teringin rasanya hati untuk mengucup tangan mu di pagi raya yang mulia ini..mencium pipimu yang mulus..namun,hasrat di hati ingin memeluk gunung,apakan daya tangan tak sampai.

Ayahanda dan bonda..
Anakanda memohon maaf atas segala salah dan silap..bonda,halalkanlah setiap titis susumu yang mengalir ke perut anakanda..doakan kejayaan anakmu..Salam ampun dan maaf buat keluarga dan saudara-mara..terima kasih atas segala sokongan..inyaAllah harapan kalian semua tidak akan dihampakan..

Kepada kawan2..ampunkan segala salah dan silap..rindu korang semua..ada rezeki kita jumpa lagi..SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.MAAF ZAHIR DAN BATIN

Milo Kow-Kow Yang Gagah




Milo Kow-Kow akhirnya menamatkan kempen liga futsal Volgograd di tempat kedua dari bawah (2nd last)..satu kejayaan yang boleh dikira memberangsang.Petang tadi menyaksikan kemenangan pertama Milo Kow-Kow setelah membelasah pasukan Hiroshima 3-0..namun perlawanan seterusnya sedikit mengecewakan apabila Milo sekali lagi tewas.Kali ini ditangan pasukan Nagasaki (3-2)

Dua perlawanan dalam satu hari pada bulan puasa ternyata amat meletihkan..tahniah diucapkan kepada pemain2 Milo atas kerja keras yang ditunjukkan dan semangat tidak mengaku kalah hingga ke saat akhir.

Sememangnya kita serba kekurangan..namun kita bukan 'ayam','jagung' mahupun 'biskut marry'..kita adalah 'Milo Kow-Kow Yang Gagah'..kempen liga musim depan semestinya kita menjanjikan tentangan yang lebih sengit..PROUD TO SHARE THIS FIELD OF BATTLE WITH YOU..HAIL MILO KOW-KOW!

*musim depan kita tukar nama jom.eheh

Selamat Datang Pelajar Baru Ke VSMU

Seramai lebih kurang 30 orang pelajar baru telah selamat menjejakkan kaki di bumi Volgograd aka Stalingrad The Heroic City ini.Hari ini insyaAllah akan diadakan sesi orientasi (untuk berkenalan kononnya).Semua warga Malaysia di jemput datang ke hostel Hiroshima untuk tujuan tersebut.Dan aku?inyaAllah tak pergi.

Memang bagus tujuan nak berkenalan tu.Aku cuba bayangkan situasi orientasi tu-->ramai2 datang hostel,tengok slideshow.kemudian junior berjumpa senior.dan kita pun hulur tangan sambil tersengih, “hai,saya Matpih”.junior pun ambil pensel dan cuba lukis muka kitorang.takut nanti lupa pula.Masa masuk matrikulasi Kedah dulu aku amat bengkek dengan orientasi.tapi tu pendapat masing2.amat subjektif.

Adib cakap, “pergilah.nanti kalau jumpa tepi jalan,junior tak tegur,marah pulak”..hm..aku macam tak kisah dah sekarang.Nak tegur,tegur..taknak tegur sudah.lagipun budak2 baru sampai ni malu2 sikit (bukan sombong).Nanti kalau nak kenal,kenallah tu.Cinta tak perlu dipaksa.

Kepada pelajar-pelajar baru,selamat menjalani hidup manusia normal di bumi Volgograd yang indah permai ini.amin..

A Tribute To HER

artwork by MATPIH13

player rating's

Dipetik dari Poison's n Antidotes:
Eto'ong : 7.0/10 A brave, confident performance from the youngster on
his debut. The 2 reflex saves he pulled off was a proof of his agility and
concentration, but still there's room for improvement especially during
1-on-1.

Matpih : 7.5/10 Proved that "class is permanent, form is temporary" by
managing to hit the post despite misheading a corner. Will be a real pain in the
a$$ for oppositions when he hits his true form.rating
pemain lain..

Milo kow-kow kalah lagi..tapi perlawanan sengit dengan pelajar tahun ke-5 memang amat membanggakan..ahad ni lawan budak2 5-year indian dengan style 'mixing football with boxing' diorang..aku rasa boleh menang..kalau diorang main boxing,kita main tomoi!!cuma aku harap krisis kapten dan manager tidak menjatuhkan team

p/s:kebelakangan sibuk sikit..dengan pindah rumah,study lagi,dan bola..tambah dengan ekonomi yang meleset..kepada kawan2,SELAMAT BERPUASA.jangan lupa terawih.peace..

KFC stuns MiLo in the Volgograd Premier League

Dipetik dari Afiq's Blog-Poisons & Antidotes

Kim FC(KFC) kicked off their campaign in the inaugural Volgograd Premier
League with an undeserved 2-0 victory over the mighty MiLo KaU KaU. A spectular
free kick from midfield dynamo Sacchi and a controversial second from Harvinder
in the space of five minutes early in the second half settled the match for the
team who are favourites to win the league.
Berita Lengkap...

Harga Naik?Kita Pindah!

Isnin hari tu masa tuan rumah bawa dagavor(surat perjanjian) baru,nak naik sawan juga budak2 ni..apa tidaknya..harga dari pada 13000ruble naik jadi 25000ruble beb!!gila agaknya.aku dah agak dah.mesti ada agenda tersembunyi dia tukar bathtub itu hari..ada udang di sebalik pokok api2..malam tu juga kitorang call member,suruh contact agent,cari apartmert baru..

Dan hari ni,settle.kitorang dah dapat rumahbaru..condition ok..luas dan selesa..dekat centre.padan muka tuan rumah yang lama tu..bagi betis nak paha,bagi paha nak ayam golek.lemak la camtu..kita tengok sapa yang sanggup bayar 13000ruble untuk rumah dia tu..

Dulu ingat nak tinggal di rumah ni sampai habis tahun ke-6.tapi hujan batu di tengah hari..tuan rumah pula gila duit.tak pun dia memang nak halau kitorang.tak apalah.kitorang pun dah nak pindah.harap2 tiada masalah dengan apartment baru ni..semoga dia bahagia bersama bathtubnya..amin..

*1 rm = 7.3 ruble

Is Your Mind Corrupted?!

I cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdaniegThe phaonmneal pweor of the hmuan mnid! Aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it deosn't mttaer inwaht oredr the ltteers in a wrod are, the olny iprmoatnt tihng is taht the frist and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it wouthit a porbelm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Amzanig huh? Yaeh, and I awlyas thought slpeling was ipmorantt.NOTE: I read this somewhere and I just had to pass it around. I do not know the origins of the text

Research has shown that young children cannot identify the intimate couple because they do not have prior memory associated with such a scenario. Children see nine dolphins.
This is a test to determine if you already have a corrupted mind. If it is hard for you to find the dolphins within six seconds, your mind is indeed corrupted.

Rara Dalam Kenangan

Dulu Ipin dan Mat Tom..sekarang giliran Rara pula..ahad lepas Rara kembali ke pangkuan ibu kandungnya..aku tak anggap Rara sebagai beban..tapi tanggungjawab. takde Rara maknanya ilang satu tanggungjawab..dan kadang2 manusia suka apabila tanggungjawabnya berkurang..ye la,kalau nak kira aku bukan bertanggungjawab sangat pun..Cuma kesiankan Rara..takde orang nak kasi makan,nak bersihkan berak..semoga Rara semakin sihat dan gemuk di sana..jaga2 sket Dihe,perangai Rara tu tak ubah lagi,suka isap orang..eheh.

Ahad tu juga “Den Gorada”,ulang tahun ke-417 Volgograd..dah tua rupanya Volgo ni..kalau Volgo ni manusia,anak cucu dia mesti boleh buat berdozen-dozen pasukan bola sepak,ragbi dan bola tampar.Tak tengok pun sambutan di Centre,tengok dekat2 rumah je..esoknya cikgu Russian Language pulak cakap, “Ocen Zhal” (Rugi tak tengok)..dah dia tu kasi kerja melambak..macam mana nak tengok.. “eh,tak boleh jadi ni..aku pun kena bagi kerja banyak jugak..bagi muntah budak2 tu..mana boleh kalah dengan Farmaco,Path Anat,Path Physio,Microbe,Therapy dan lain-lain”..

Biotin Untuk Bulu

Makcik rinak : Shto khotite?(Apa awak nak?)
Aku : Maya koshka,iyoo..(kucing saya..dia..alamak..apa dah bulu kucing kot rusia..mekha rasanya..ha,tunjuk kat kotak je la..)
Makcik rinak : Shers?(bulu?)
Aku : Ha,da,da.(ha,ya,ya..alamak apa pulak gugur dalam russia..bahasa isyarat lagi la ni)
Makcik rinak : Iyo shers padiy?yei nuzhna Biotin..(Bulu dia gugur?dia perlukan Biotin)

Biotin untuk bulu kucing.(Ilmu baru ni)..lebih kurang RM5,untuk kesejahteraan Respiratory Tract anda.eheh

My First Lecture Note

Theory of medicine
1st ---> mechanical determinism…
Theory of 1780
??
2nd ---> mechanical cauzalism(??)
-Appear when…???
-Conception of Gurley(??) and Hoch
####
** ????????
Certain microbes cause certain disease and found inblablabla
-microbes can be isolated in pure culture
-pure microbial culture
#### the disease ####
-This conception…….
3rd ---> conditionally
-author of this theory
Fergod(??) bengong la Russia
ni..
-there are no isolated(?) and absulities(?)
-all process kasut CONVERSE.apa kau merepek ni setan!!

@#$&8(@!MN*&^
Inilah nota lecture pathphysio aku tadi..sesesungguhnya tahap kesabaran aku teruji..niat nak mulakan sem dengan nota lecture yang baik..tapi kalau macam ni la gayanya,hampeh!! Apsal la dia tak pasang PA system..takkan takde teknologi lagi..dah la suara cikgu slow..dengan sebutan pulak punah-ranah..belum campur suara budak2 India dari India yang caca-merba lagi..hai,inilah nasib belajar kat sini..sabar je la beb..nasib baik cikgu bagi fotostet nota lecture..terubat sket hati..saaayang cikgu..haha

Mat Tom dan Ipin Dalam Kenangan

“Ish..siapalah dia ni..tak silap aku tuan aku pompuan..ni laki mana pula?kenapa tempat ni macam lain..aku di mana ni?ah,biarlah..apa2 pun baik aku menyorok dulu”
Mat Tompok Mungkin itulah kata2 Mat Tom pada minggu2 pertama menetap di rumahku..sebab itulah kadangkala tidak dapat dikesan lantaran menyorok di bawah sofa,atas almari dan di mana sahaja tempat persembunyian yang strategic.Tapi tu minggu pertama je.lepas2 tu ok dah..
Keluarga Bahagia tapi yang aku pelik,kenapa Tom tak boleh baik dengan Putri..Asyik nak gaduh je..kadang2 terpaksa aku jentik telinga Tom.Rara pula backup Putri..Putri pun dah macam fobia,tak berani nak keluar bilik..berak pun dalam sink.eheh,kelakar pulak bila fikir balik
Adakah Tom Gay?? Si Ipin pula rilek je..cool..suka aku tengok dia..lebih2 lagi bila si Tom kacau Ipin..Ipin bukan buat apa2..pasrah je..sekali tengok macam Garfield pula-gemuk dan malas,tapi comey..
'penatnye tengok movie',kata Ipin terhibur aku dengan gelagat kucing2 ni..kadang2 sampai tergelak sendiri.namun itu dulu..semasa cuti..sekarang cuti pun dah habis..esok dah start kelas..Si Ipin dan Mat Tom dah diambil balik.
Rara Tinggallah Putri,kucing aku yang kecil molek dan Rara yang masih tidak jelas status ‘Hak Milik,Penjagaan dan Pemberian Makanan’nya.takpe la.hidup mesti terus..orang pemurah murah rezeki,kan ai? =)
Putri Yang Fotogenik
Semoga semester baru ni penuh dengan warna-warni ceria kehidupan.Peace

*lagi aksi mereka?klik di sini.

21 Ogos atau 27 Rejab??

Hari ni 21 Ogos..apa istimewanya hari ni?hm..Siti kahwin eh?mungkin ramai yang tahu tentang perkahwinan artis popular tanah air tu..tak kisahlah dengan Siti tu..biarkan si Luncai tenggelam bersama labu2nya..siakap senohong gelama ikan duri,bercakap bohong bolehkah jadi menteri?(dua ayat terakhir tu tiada kena mengena dengan post..saje melalut.eheh).Kepada Siti Nurhaliza Binti Tarudin dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa,tahniah diucapkan..semoga perkahwinan kekal ke anak cucu dan bahagia di dunia dan akhirat.

Hari ni jugak 27 Rejab..apa istimewanya 27 Rejab?mungkin ramai juga yang tahu..hari ini ialah Hari Isra’ Mikraj..hari Rasulullah dinaikkan kelangit untuk menerima ibadah solat..banyak pandapat sebenarnya bila peristiwa bersejarah ni berlaku.Yang penting Isra’ dan Mikraj benar2 berlaku dan kita yang mengaku diri seorang Muslim wajib menunaikan solat 5 waktu sehari semalam..sebenarnya Allah memerintahkan 50 waktu..tetapi semasa di langit ke-7 nabi Musa menasihati Rasululah supaya minta dikurangkan..so dari 50 waktu berkuranglah jadi 10,dan akhirnya tinggal 5 sahaja..sampaikan Rasulullah berasa malu..nabi Musa sebenarnya bimbang kita tidak mampu..

Banyak cerita yang menarik tentang Isra’ Mikraj ni sebenarnya..aku tak nak copy paste kat sini,sebab aku tahu,kalau nampak panjang sket je orang tak minat sangat nak baca..tetapi jika ada kawan2 yang berminat nak tahu tentang Isra’ Mikraj bolehlah klik di sini..tak panjang sangat pun..berita tentang perkahwinan Siti lagi panjang aku rasa..apa salahnya luangkan masa sekejap..peace..

Dua,Tiga,Empat atau Satu..

Makam Sultan Abu BakarTerkenang aku semasa di Mesir winter dahulu.Sesampainya di kubu Salahuddin Al-Ayubi atau lebih dikenali Saladin oleh orang barat itu kami dihampiri oleh seorang lelaki tempatan yang konon2nya pemandu pelancong.

Kade2 gini la kijo aku din..aku bayar pak arab pahtu aku biar la pelancong jale nga dia..senang kijo..lepas sejam dua aku mari ambik la,”bisik kawan lamaku Majdi yang sekarang tinggal di Mesir..sambil belajar dia buat bisnes,Kadang2 dia jadi pemandu pelancong..aku hanya tersenyum..

Banyak cerita kami tahu tentang kubu tersebut..banyak juga tinggalan sejarah yang kami lawati..Akhirnya kami melepaskan penat Masjid Sultan Abu Bakar..kami bersila dalam bulatan seperti nak makan nasi usrah wida’ di sekolah dulu..dan pemandu pelancong tersebut memulakan cerita..

There are 365 lamps in this mosque and each one of them is dedicated tu 365 wives of Sultan Abu Bakar”..

“Macam tu rupanya..padanlah banyak sangat lampu..camne la raja ni boleh kahwin sampai 365 orang..macam mana la dia nak handle..”bunyi otak aku..

Here in Egypt, to marry someone a man must pay for dowry.And not many man can afford it..How about in Malaysia?”,

We must pay dowry too..but it’s not very expensive”,jawab seorang kawan..

Sometimes a man marries more than 1 woman,2,3 and even 4.”,celah seorang lagi kawan.

But we as muslims aren’t allowed to right?”tiba2 pemandu pelancong bertanya dan terus dijawab oleh seorang lagi kawan,”Of cause we can..Allah says in surah An-Nisa’ that….”

Sebelum sempat kawan itu menghabiskan ayat percakapannya dipotong oleh si pemandu pelancong,”Look my friends..a Christian can only marry 1 person and isn’t allowed to divorce..A Jew can marry,and can divorce..(maafkan kalau aku tersilap..aku pun ingat2 lupa..jangan pakai la apa yang aku tulis tu.eheh)..and how about a Muslim?Allah is very wise my friends..He says that you can marry 2,3,and 4 person..but if you afraid that you can’t be fair,you must marry only 1..you see?Allah grants us something with one hand,and He takes it back with the other hand..because we know that human can never be fair..So we should marry only one 1..”
وَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تُقْسِطُواْ فِي الْيَتَامَى فَانكِحُواْ مَا طَابَ
لَكُم مِّنَ النِّسَاء مَثْنَى وَثُلاَثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ
تَعْدِلُواْ فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلاَّ
تَعُولُواْ

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil
terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka
berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain):
Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di
antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau
(pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah
lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.
(An-Nisa:3)

Semestinya itu hanya pendapat pemandu pelancong tersebut..umat Islam memang dibenarkan kahwin melebihi 1..tapi kata2 pemandu pelancong tu ada benarnya..manusia tak kan berlaku adil..hm..rasanya aku nanti kahwin 1 je kot..Rasulullah pun tak kahwin dengan sesiapa semasa hayat Siti Khadijah..setelah Siti Khadijah wafat barulah Rasulullah mengahwini Sawdah Binti Zam’ah..konon2nya aku nak ikut sunnah la..tu pun kalau ada jodoh..eheh

Kenapa tiba2 aku bercerita tentang kahwin ni?dah kemaruk ke?hm..tak kot..Cuma sejak kebelakangan ni aku dilanda mood jiwang..mungkin sebab tinggal sorang2 di sini kot..sebab kerinduan insan tersayang ke?Ke sebab sekarang ni tengah hangat tentang Siti Nurhaliza nak kawen dengan datuk K?heh..entahlah..tapi yang pastinya cuti hampir habis dan tak lama lagi aku harus kembali menempuh hidup seperti biasa di bumi Russia ini (+_+)

Pih..kenapa tak balik Malaysia??

Hm..mungkin kata2 Imam Syafie ini adalah jawapan yang paling sesuai:

Yang berilmu dan berbudaya hidupnya tidak hanya satu
tempat.Suatu kedamaian baginya meninggalkan negara dan mengembara.Oleh itu
mengembaralah engkau nescaya dapat ganti yang ditinggalkan.Dan bekerja
keraslah,kerana nikmat hidup dikecapi mereka yang bekerja keras.Aku melihat air
yang bertakung sebagai rosak,sekiranya ia mengalir akan jernih.Sekiranya ia
bertakung akan rosak.Seketul bijih ditempatnya bagaikan seketul tanah.Gaharu di
tempatnya hanyalah sebatang kayu api.Sekiranya ia meninggalkan tempatnya
kedudukannya begitu tinggi dan mulia bagaikan seketul emas.

Sebab2 lain:
1)Duit habis pergi Europe.
2)Sebab aku dah cakap tak nak balik..benda yang tak pasti jangan cakap berapi dulu..lagipun kata itu kota..
3)Nak tengok,betul ke tak best sangat di Russia masa summer?
4)Sapa nak jaga kucing2 tu?ikan2 yang 3 ekor tu lagi?
5)Tiada lagi kata2 ayah ngah,"tak kan tiap2 tahun balik kot?"
6)Kalau balik pun takde benda nak buat jugak.Member semua busy..yang bes kat malaysia boleh makan sedap..dapat jumpa family.

The Last Templars

hm..time lepak2 ni tiba2 teringat lak aku suatu ketika..waktu tengah lepak di hostel funky,granada,spain..waktu tu kitorang dah check out..tapi disebabkan pemilik hostel tu selamber,dia kasi kitorang lepak lagi..kat roof cafe hostel dia..ada la 4-5 orang lepak kat situ..aku,ahmad,blue n sorang budak UK ni.man..che din pulak terpaksa masak burger untuk buat bekal kat dapur..kat situ jugak ada sorang minah saleh..cun..dari ukraine tapi tinggal di London..tengah baca buku..

Nak dijadikan cerita..si man ni pun tanya la minah ni.."buku apa awak baca tu?".."The Last Templar".jawab minah tu.."pasal apa?",tanya si man balik".."kamu tahu Da Vinci Code kan?ni ada kaitan ngan novel tu la lebih kurang..pasal the templar..orang yang lindungi Holy Grail..awak pernah tengok da vinci code?",terang minah tu kemudian bertanya pada man.."hm..tak..tapi saya baca buku dia sket2..citer a apa yang awak tahu"..lalu minah ni pun bercerita la..

"the templar ni sebenarnya adalah satu kumpulan atau pertubuhan..yang melidungi Holy Grail..holy grail ni lebih kurang harta karun la..(mengikut yang aku baca,Holy grail ni mangkuk yang ada darah Jesus,Christ's blood)..so pertubuhan ni nak lindungi dari orang lain..templar ni wujud selepas Jesus kena salib lagi dan berantaian hingga sekarang..ada orang kata kebanyakan orang besar2 tu adalah templar..leornardo da vinci pun salah seorang templar pada zaman dia..tapi dalam buku ni cakap,Holy Grail dan Christ's Blood tu bukan harta,dan the templar bukan lindungi benda ni dari orang ramai,tapi daripada pihak gereja..sebelum Jesus disalib ,dia ada zuriat dengan perempuan ni.(aku lupa nama dia)..so ada la orang yang ada darah Jesus yang diwarisi..ini lah Holy Grail sebenarnya..jadi kenapa lak templar nak lindungi dari gereja?..sebab kan orang kristian percaya yang Nabi Isa itu tuhan..so dia takde la zuriat..kalau ada zuriat maknanya dia manusia biasa..dan kalau orang ramai tahu pasal fakta ni gereja akan mengalami kerugian yang besar..tiada orang lagi akan ke gereja..takkan ada lagi orang yang kasi harta kepada gereja..macam tu la lebih kurang..",dengan panjang lebarnya minah ukraine tu bercerita..aku dengar je.."kalo la English aku macam dia",detik hati ku.

"So,what do you think?",soal si man ni..
"hm..entah la..saya bukan orang yang kuat agama sangat..tapi selepas baca semua ni saya tak tahu nak cakap"
"tapi tu novel je kan?",soal seorang minah ni..lupa pula nak cerita.kat situ ada gak seorang minah dari hongkong..dia macam kuat sket kristian dia..tak nak terima kenyataan..lalu minah ukraine jawab.."ye saya tahu..tapi selepas baca buku2 ni,saya berminat ke arah benda2 fakta..saya cari fakta..dari novel saya beralih ke sumber yang lebih ilmiah..dan baru2 ni dalam National geographic diorang jumpa gospel di sinai,Mesir..dan mengikut kajian juga,banyak kitab2,gospel,terutamanya yang menceritakan tentang perkara ni,dihapuskan..demi kepentingan pihak gereja.."

.......senyap seketika......

Aku pun mencelah,tapi cakap kat man je la.."kita percaya je yang Jesus tu manusia biasa,cuma seorang nabi,dan dia tak disalib sebaliknya diangkat ke langit.."
melihatkan minah ukraine tu terkebil-kebil,man pun translate la apa yang aku cakap tadi..aku nak cakap sendiri segan.eheh

Jadi kesimpulannya di sini..orang kristian pun semakin lama semakin tahu yang agama diorang tak betul,banyak penyelewengan..lebih2 lagi selepas peristiwa 11 September orang bukan Islam mula membaca tentang Islam,ingin tahu tentang Islam..dan tak dinafikan ramai antara mereka mula masuk Islam..Alhamdulillah..kerana hanya Islam agama disisi Allah.kebenaran akan terserlah..tapi aku tak faham..dalam masa orang bukan islam mulai sedar,orang Islam pula sedang kecoh nak keluar agama..nak masuk kristian..nak murtad..seperti yang berlaku di Malaysia sekarang..adakah mereka bodoh?mak bapak tak ajar?atau hidayah Allah pada diorang mulai hilang kerana banyak sangat ronggeng tengah malam,kepit betina jalang,tunggang air kencing setan?entah la..aku pun tak faham..peace...

Rosija o Rosija

Jumaat..Jumat memang selalu panas..

babak 1 - dalam mashrut

mana la driver mashrut ni..tak nak gerak lagi ke..ketiak gua dah berpeluh ni..orang pun dah ramai..ada orang india sorang,arab 2-3 orang..baru balik masjid aku jugak kot..cina pun ada..tapi sah bukan muslim ni..pelik je pakaian..hm..ada awek rupanya kat depan aku ni..orang russia kot..pakai skaf ni..ooo baru balik masjid gak kot..tadi macam ada kat masjid..aik?napa skaf dia tak tutup abes eh?baju ketat..skirt..labuh skirt tu..tapi nampak kaki tu..bukan aurat ke?hm..jalan pun mashrut ni..eh,minah ni bukak pulak tudung dia..

babak 2 - depan u

hm..harap2 si Larisa ni ada..eh,napa guard ni tahan aku pulak..aku ada student card apa..oo..tak nak kasi aku naik..takde orang katanya..tapi takle ke cakap baik2?celaka punya pak guard..padan a jadi guard je..budi bahasa takde..nak je aku maki..tapi dia bukan faham pun..takpe la..aku orang asing..lain kali la aku datang balik

babak 3 - dalam bas

nasib tak ramai orang tengah hari ni..boleh aku duduk..mujur jugak ada pas bas..kalau tak melayang lagi 6 ruble..eh,apsal lak kecoh2 kat belakang tu?oo..pakcik tu tak nak bayar tambang ke..konduktor tu dah halau dah..turun je la pakcik..try rezeki kat bas lain pula..tak pun jalan je..la..tak nak blah ke..dah kecoh sangat dah ni..ha,turun pun..ish,dia maki makcik konduktor tu pula..idiot,sabaka,suka, semua ada..eh,ramai pula backup makcik konduktor ni